Monday, February 14, 2011

hari hari yang bz

Kesibukan hari-hari yang makin lama makin melampau menyebabkan terbatas serba serbi segala usaha nak mengupdate blog. Banyak gambar yang amik tp tak upload lagi,banyak entry yang nak buat tapi tak berkesempatan lagi. Insyaallah March nanti makin banyak masa lapang kot -maybe-. Sekarang ni saat untuk menikmati masa bersama si dia tersayang. Makin hari hari makin lebih bermakna dengan kehadiran si dia di sisi ---->bahagia (terus terasa nak buat ayat jiwangs!)


Tapi saat bahagia begini kadang-kadang menyebabkan sy jadi takut sendiri...takut hilang sekelip mata segala rasa bahagia ini. Kepada sesiapa yang punya perasaan begini eloklah segera memanjatkan doa, menadah tangan pada Allah yang satu supaya perasaan ini akan sentiasa berkekalan. Tak perlu menunggu pabila lepas solat, kita sebagai hambaNya boleh berdoa bila-bila masa dan di mana-mana saja, malah kita digalaakn supaya sentia ingat pada Allah.


Tentang kasih sayang berkekalan ni, sy teringat pulak satu cerita yang menjadi bualan ramai sehingga demam cerita pecah panggung tu hampir setahun lamanya. Tak lain tak bukan TITANIC. Zaman sekolah memang tak lepas peluang tengok cerita ni berulang kali tanpa jemu. Tapi zaman sekolah tak tengok sangat cintan cintun ni, banyak teruja tengok action kapal nak tenggelam je. Tapi bila dah meningkat dewasa ni baru mula memahami setiap babak, dialog malah menghayati setiap rentak music latar yang bagi saya tepat dan hampir sempurna. Makin lama makin memahami lirik lagu nya dan semakin rasa dekat di dalam hati. Mungkin orang yang menikmati cinta akan memahami perasaan ini....


video

No comments:

Post a Comment