Perkahwinan: Mak/Pak andam
Setelah sekian lama entry ala-ala kesah chenta, maka kali ni mari lah beralih arah meneruskan ideologi kita tentang perkahwinan. Berdasarkan pengalaman sendiri, nak memilih makeup artist sangat susah atas beberapa alasan seperti berikut:
- susah nak jumpa makeup artis yang berjaya menata rias pengantin dengan sempurna. Kebanyakkan nya makeup mata smoky sampai berat mata memandang, muka putih melepak macam pakai bedak nyonya, shading tak betul sampai merubah muka asal yang cantik dah jadi serupa kak ponti.... n bla bla bla
- kalau ada makeup artis yang sempurna pun, beliau adalah merupakan seorang "akak". Memang kagum dengan hasil mereka tapi apa kan daya, pendirian masing-masing la nak memilih atau pun tidak. Yang terbatas tetap hukum nya terbatas. Tiada pengecualian meskipun anda adalah seorang pengantin. Namun hasil tangan mereka sangat cantik!
- dah bejumpa makeup artis perempuan yang menepati citarasa tetiba jadual pulak tak mengizinkan, macam kes i nampak ialah makeup artist tu dah due untuk deliver, jadual dah fully book, dan kesihatan kurang mengizinkan, terpaksa digantikan dengan makeup artist simpanan (mcm game pulak)
- untuk menepati citarasa anda, seeloknya tengok sendiri portfolio hasil kerja beliau. Kalau tak bekenan jangan main setuju aje sbb dah terpaksa (pekej sekalai dengan baju contohnya). Ambil masa sedikit cari lagi yang lain.
- Tanya kan kawan-kawan yang sudahkan mendirikan rumahtangga sekiranya anda sukakan makeup rakan anda tu. Tak salah bertanya. Jimat masa dan tenaga.
- Sesetengah juru makeup tidak professional dan tak boleh dirunding, konon macam dia sorang je yang tau makeup. Hasilnya muka jadi macam badut. Seeloknya pilih mak andam yang prfessional, boleh dikritik dan boleh dirunding. Tak de la di conteng muka kau time sanding nanti!
- Bajet! Perlu kena, jangan berlebih-lebih nak makeup kat Nurul Shukor kalau poket tak berapa menyokong. Usah susahkan diri sendiri, nanti makeup cantik tapi muka pengantin sedih... kan susah!
- Seeloknya pilih lah mak andam yang berpengalaman kerana beliau mungkin tau cara menyelesaikan masalah seperti time constrain, masalah kulit pengantin, sikap cerewet si pengantin, makeup yang mengikut tema dan banyak lagi...
Ok, ada banyak lagi tips bekaitan makeup ni yang akan dikongsi bersama. Honestly sampai skrg sy masih belum jumpa mak andam lagi memandangkan makeup artist yang i nak fully booked! So i pun masih mencari...lalalala, jangan mak cik2 yang tolong pilih dah la...nangis pengantin time sanding nanti
Comments
Post a Comment