HARI INI DALAM SEJARAH
Tak de banyak benda nak cakap hari ni melainkan berita gembira yang boleh dikongsi bersama. Pukul 6.30 petang, masuk satu panggilan yang amat ditunggu2 sehari suntuk....erm... sebenarnya berbulan-bulan, tapi hari ni paling kronik.Panggilan ini bermakna 99% kehidupan kami akan berubah, cara hidup kami juga berubah, orang sekeliling kami juga berubah... cuma apa yang diharapkan kekal adalah hati kami. Di sebalik rasa gembira, ada juga risau dengan perubahan mendadak ini. Tapi dengan dugaan yang mendatang selama ini, kami yakin ketabahan hati akan membantu menempuh hari-hari yang mendatang menanti tibanya hari bahagia itu. Kerana diri kami yakin yang manis itu akan menanti...
Comments
Post a Comment