PERKARA ASAS PERKAHWINAN


Perkara paling asas dalam perkahwinan adalah BAJET! Setelah mengenal pasti bajet yang ada barulah kita boleh ukur baju di badan sendiri. Banyak perkara yang perlu di lihat secara terperinci semasa membuat perancangan sesebuah majlis. Antara perkara paling asas yang perlu didahulukan adalah:
  • jamuan- pemilihan makanan yang sedap mengikut citarasa amat penting kerana ini adalah tujuan utama kenapa majlis ini dinamakan kenduri. Kalau makanan yang dipilih tidah menjadi perkara asas, mungkin majlis ini tidak akan dinamakan "kenduri". Sesetengah pihak mengambil berat jenis hidangan mengikut tema majlis seperti tradisional, english style, garden wedding, arabic dan banyak lagi. Jenis makanan yang dipilih sedikit sebanyak memberi kesan terhadap tema majlis. Ye la, kadang-kadang nak buat english style tapi hidangan ulam dan sambal belacan siap ngan budu segala... tapi zaman sekarang, semua benda boleh jadi, kadang-kadang yang canggung itu menjadi unik malah menjadi ikutan. Semua ini kita tak boleh jangka! Orang muda sekarang creative k...yang penting ukurlah baju di badan sendiri
  • wedding ring- ini cita rasa masing-masing. Ada sesetengah orang anggap ini adalah perkara biasa, tapi bagi pendapat peribadi saya cincin perkahwinan merupakan sentimental value yang akan dikenang, tersemat jauh di dalam lubuk hati, dan tak akan lapuk ditelan zaman. Inilah tanda ikatan yang dapat dizahirkan bersama akad sebagai sumpah setia. Cincin perkahwinan tidak semestinya mahal, yang penting perlu lah berkenan di hati. Jika mempunyai bajet yang mencukupi, tidak salah memiliki sesuatu yang istimewa seperti ukiran nama atau rekaan khas idea tinta hati anda.
  • photo- abadikan kenangan indah dalam bingkisan gambar yang dapat menangkap suasana majlis anda kerana apa yang berlaku pada majlis itu akan menjadi kenangan dan tidak sesekali dapat diulang semula. Pemilihan photographer yang sesuai akan memberikan anda kepuasan dan segala kenangan akan dapat diabadikan dengan sempurna.
Selain perkara di atas, banyak lagi perkara-perkara lain yang bagi saya tak berapa penting. Tapi kalau nama pun kenduri kawin, semua benda akan jadi penting. Contohnya:
  • wedding planner-kalau ada bajet lebih boleh la. ini untuk memastikan majlis sempurna
  • busana dan makeup- harus pilih yang bersesuaian, jangan terpengaruh dengan orang lain, jika tak kena mungkin akan kelihatan pelik. Mau jadi alien?
  • cenderahati- pilih la yang praktikal dan mengikut bajet. Jika creative boleh buat sendiri sedikit-sedikit. Lama-lama siap la. Jangan pulak nanti asyik membeli tapi tetamu balik rumah campak aje cenderahati tu kat store. Apa yang penting adalah kegunaan dan kualiti.
Perancangan majlis hendaklah teliti supaya belanjawan anda tidak tersasar. Kesimpulan nya mulakan lah dengan bajet. Ketahui kedudukan kewangan anda dan mulakan dengan perkara paling asas. Jangan asyik kesahkan cakap orang sebab mereka hanya bercakap tetapi tidak membantu. Tak perlu terpengaruh nak meniru perkahwinan si A, nak kosep ala-ala si B, nak melaram seperti ci C, akhirnya kepuasan di dalam diri anda tiada dan paling malang kalau mengamalkan konsep 'biar pape asal begaye!'.

Apa yang perlu ada hanyalah pendirian yang tegas supaya anda tidak akan menaggung kerugian atau dibebani hutang selepas mendirikan rumahtangga nanti.

Comments

Popular Posts