Tuesday, August 11, 2015

RESEPI: Roti sosej pintal

Dah lama rasanya tak meroti. Hampir 2 bulan jugak la... sejak simpan bread maker tu dalam almari, tak nampak dah maka terlupa terus.
 
 
Weekend lepas sempat juga sediakan roti sosej ni buat breakfast. Sebab tak mau kelaur makan sebab nak bekebun kekdahnya.
 
1st time buat roti ni, mudah ja...
 
Bahan-bahan yang diperlukan:
 
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu susu tepung, (nak jadikan adunan lemak2 ckit)
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar butter
3/4 cawan air suam
1 paket instant yis (mauripan)
 
topping:
1 biji telur
cheddar cheese
sos cili
mix vege
sosej
mayonis
 
cara cara:
 
  1. campurkan instant yis dengan air suam. ketepikan
  2. satukan tepung, susu, garam dan gula dan masukkan butter, gaul dengan tangan sehingga sebati.
  3. jika menggukan bread maker terus masukkan adunan tepung (langkah 2) dan campuran instant yis gaulkan menggunakan setting dough. jika tidak menggunakan bread maker, campurkan sedikit demi sedikit bancuhan yis dan uli sehingga sebati dan gebu (adunan tidak melekat di tangan). biarkan adunan kembang selama 45 minit.
  4. tunggu sehingga adunan kembang (lebih kurang 45 minit), keluarkan dough dang tumbuk2 untuk mengeluarkan angina.
  5. bahagikan kepada bulatan kecil (50g) setiap satu, uli dan balutkan sosej.
  6. potong sosej kepada 8 bahagian dan susun ke kiri dan kanan secara berselang seli.
  7. sapukan telur diatas roti, parutkan cheese, mix vege, dan sos cili
  8. bakar dialam ketuhar selama 15 minit dalam suhu 170 degree.
  9. setelah siap, pipekan mayonis dia atas roti dan siap dihidang.
 
 
 
 
roti iols tak letak mix vege sebab tak de sape makan.
 
ok, mudah kan?
 
selamat mencoba!


3 comments:

  1. bestnya ada bread maker, nampak sedap roti sosej tu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah gambar gedabak punya besar kan? thehehehe

      Delete