RESEPI: Churros

 
ni adalah pengalaman pertama buat churros sebab makan kat kedai dapat berapa batang ja, lepas tu anak makan sekali hadap habis, tak sempat nak bekongsi sama hahaha...buat sendiri la kan baru puas hati. Jom kita tengok bahan dan cara nya:
 
bahan-bahan:
 
1 cawan air
100g butter
2 cawan tepung gandum
secubit garam
2 biji telur
 
cara-cara:
  1. panaskan air bersama dengan butter. biarkan butter cair bersama air panas sehingga air mendidih.
  2. perlahankan api, perlahan-lahan masukkan tepung + garam gaul supaya tak berketul. masukkan tepung sehingga habis, gaul sebati sehingga tepung tidak melekat pada kuali.
  3. sejukkan doh. part ni penting kerana jika doh tak sejuk, churros tidak akan garing dan tidak akan kembang ketika menggoreng.
  4. setelah doh sejuk, barulah masukkan telur dan putar dengan mixer. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  5. bila sudah sebati, boleh la panaskan kuali dan minyak secukupnya untuk menggoreng.
  6. masukkan doh dalam piping beg, gunakan nozel berbentuk bintang.
  7. apabila minyak betul-betul panas, mulakan piping doh ke dalam minyak secara memanjang atau bentuk yang disukai, potong dengan menggunakan spatula.
  8. ulang langkah yang sama sehingga adunan habis.
  9. hiaskan dengan menabur gula icing atas churros. Boleh dimakan dengan dip coklat, lemon curd ataupun sos custard.
selamat mencoba!


Comments

Popular Posts