Monday, August 17, 2015

Misi mencari bunga wangi

dalam misi mengaupgrade laman ni, beberapa list tanaman dah masuk dalam kepala ni, tp macma biasa bila pegi nursery ada saja pokok yang menambat hati dan finaly the list become longer... thehehhee...
 
baru ni ke nursery, misi mencari bunga Wangi dan nak pilih pasu yang sesuai... baru survey ye...
 
bunga-bunga Wangi yang Berjaya dijumpai ialah:
pokok akar dani... pokok ni jenis memanjat/menjalar. perlu sediakan tiang atau pergola supaya pokok ni boleh membesar sebagai johan. Harga pokok ni rm35 nursery ni jual
 
ni pokok bunga kenaga, paling harum (time ni iols dtg lepas hujan, memang semerbak bau nya, dari jauh dah dapat hidu bau dia). yang ni size dah tinggi, tak Tanya harga, but anak pokok tinggi 2 kaki rm25
 

yani ni pulak pokok kembang cina... tak berapa banyak bunga kali ni, sepokok ada dalam 2-3 kuntum bunga ja. Pun Wangi putih bersih... kalau tanam serumpun cantik ni... tinggi macam ni dalam 3 kali rm35 bangla tu kasi
 

yang ni pulak pokok jasmine, comel ka bunga nya... cantik dan Wangi... harga pun lebih kurang utk anak pokok setinggi 2 kaki, boleh membesar tinggi bagai johan juga pokok ni pun
 
ni pulak bunga kosmos... boleh membesar melepas pagar, ditanam dalam rumpun, meriah dengan pelbagai warna yang terang... tapi bau kurang pasti... iols tak cium pun bunga ni sbb tak larat tunduk, size sekaki je tinggi... nursery tu jual sepokok rm4, beli 3 rm10
 
sekian!
 
selamat berkebun!


No comments:

Post a Comment