being creative is fun!
suka aku tengok budak-budak sekarang, budak kolej/university terutamanya. soooo creative nak cari duit. Ada yang jual tudung, jual kek kukus choc moist tu, yang memerluka kurang perkakasan dan perlukan skill yang asas.
Kesahnya aku review pasal lazada, rata-rata pembeli adalah dari kalangan student. Beli camera, power bank, gadget... kalau ikutkan banyak juga duit nak pakai tu... kalau aku kat kolej dulu duit cukup makan ja lepas kena catu2... tp budak sekarang ni bijak, pandai amik peluang, patut la begaya n boleh beli macam2... macam ni la yang kita nak... haih, memang betul, takat makan gaji 4-5 ribu tak cukup nak bermewah2 ngan barang2 yang kita teringin. Setakat lepas bayar keperluan ja gaji tu. Kalau dari muda lagi dah pandai berniaga, bijak cari peluang, memang cerah masa depan masing-masing. Cerah tu bukan nya grad terus jadi ada pangkat besar, kereta mewah... tapi bebas hutang dan boleh beli apa yang kita inginkan tanpa rasa susah hati.... Best!
kekawan ada share gambar ni kat group... ni la yang aku maksudkan creative, benda lama jangan di buang... boleh jadikan sesuatu yang berguna, silap2 dapat tempahan, silap2 jadi trendsetter, silap2 fames tetiba, silap2 jadi usahawan... who knows?!
Comments
Post a Comment