Thursday, July 17, 2014

Tempah Langsir kat Nilai: Murah atau Mahal?

Cerita menempah langsir ni boleh tahan juga la... penat juga menggoogle info, ramai orang cakap kat nilai 3 tu murah, memang la murah tapi berapa harga kan?

i ni bercita-cita nak le menempah curtain kain guni tu dah orang cakap murah and 1 jam je boleh siap...alang2 pergi sampai ke nilai  tu baik pilih yang berbaloi kan...

haaa... nak dipendekkan cerita kami pun g la kat kedai berdepan ngan surau kat situ, depan kedai tu ada open parking...dengan yakin nya masuk dalam terus pilih kain guni, memang lawa la... bagi ukuran kat pekerja situ, dia pun g la kira sambil aku dok jamu mata. Sebelum tempah kena la tau harga kan... skali dia datang "akak, untuk 2 sliding door ni harga dia RM1700"....---->PENGSAN!

nak tempah satu rumah dik oiiii.... klo sliding door aje rm1700 sekian terima kasih la...

jalan-jalan lagi dalam kedai tu nak tengok roman blind pulak... satu tingkap aje rege nye rm250... kalau dah dapur aku ada 4 tingkap maka rm1000? -----> cancel lagi.

dipendekkan cerita, untuk kain aku dengan berat hati nya mendowngradekan jenis kain darin rm45 semeter ke rm16 semeter. dari nak tempah seluruh rumah terus tempah untuk tingkat bawah sahaja. dari nak buat roman blind untuk dapur terus jadi landsir biasa yang pakai rod aluminium tu je.

total: rm1050

boleh lah....

so setuju, terus tempah, 2 jam je siap

balik rumah gantung...

tadaaaaa....


2 comments:

  1. Blognya bagus! Apa Anda mau mengembangkan dan mempromosikan blognya lagi? Mau bagi idenya, fotonya denagn mudah? Kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya. Kami tidak terhapus filenya dengan waktu batas. Coba servis kami tanpa registrasi:)

    ReplyDelete