DECO LAMAN: Transformasi fasa 1

Bila mempunyai rumah dan ada laman yang boleh tahan size nya bagi kami yang tak pernah berkebun ni memang memeningkan kepala. Nak tanam pokok dulu ke, nak tanam rumput ke, nak beli rumput apa? pokok apa? macam mana nak jaga? pheeewwww letih membaca dari membuat nya.

Setelah berpindah randah, kami start berkebun ni awal bulan June, so sampai skrg dah sebulan 2 minggu la tempohnya... jom kita tengok transformasi laman sambil i membebel bagi tips yang mana patut okeh


tanam pokok dulu kemudian baru rumput. Pilih jarak yang sesuai dengan pagar supaya tak terlalu luas dan tak terlalu sempi, lepas tanam pokok baru senang nak tanam rumput sampai mana.
pokok pokok ni semua beli dekat kampung melayu sungai buloh, pokok kecik2 dalam poli tu semuarah RM2 je, ha borong la. Pokok kemboja tu rm15 je kau... mana nak dapat, tempat lain kecik tu pun jual rm50-60 tau. Pokok christmas merendang tu rm45

project kali ni dibantu oleh 2 orang adik ipar yang gagah lagi perkasa hehehe

dan juga anak teruna i yang rajin... dia la yang paling seronok sekali kalau pegi nursery, berlari2 siap peluk2 pokok2 yang sama size ngan dia hehehe
lepas tanam pokok, baru boleh ratakan pasir untuk tanam rumput, pasir tak boleh tebal sangat ye, memadai 2 inci punya ketebalan. Nampak tak pokok kemboja dalam poli tu, ni beli kali kedua sebab murah sangat kan, kali ni dapat lagi murah RM11 je kau... ha sebab hari2 datang wak tu pun dah kenal, dapat murah

 lepas ratakan pasir, kami g la beli rumput. Pasir tu kami biarkan 1-2 hari, bagi kena hujan dulu, bagi rata and serasi. Kami pilih nak tanam Philippine grass macam dalam gambar kat atas tu. Murah okeh.. beli dengan harga RM1.10 je untuk saiz 2x1... haaaa berbaloi2 okeh. Untuk keluasan laman yang kami nak tanam rumput ni, kami perlukan lebih kurang 400 keping, pasir pulak kami beli pasir kasar, dalam 4 scope.
 kami pilih buat sparuh laman je, and separuh lagi tu untuk project lain insyaAllah. Ni la cara tanam rumput philippine.
  1. ratakan pasir
  2. tabur baja atas pasir tadi
  3. nampak tak kami susun batu bata kat tepi longkang tu? tu sebagai benteng tak nak pasir jatuh longkang kalau hari hujan or time menyiram nanti, lagi satu, kalau letak batu ni, tanam rumput pun nampak sekata je
  4. keluarkan rumput dari poli dan letak atas pasir, tekan2 rumput tu, nak pijak pun boleh, rumput memang sifat nye tahan untuk dipijak

 ni la my FIL, dia la yang paling smangat nak deco laman ni, tangan sejuk, tanam apa pun menjadi n dia juga la yang ajar kami tanam rumput ni
akhirnya siap selepas seminggu, kami buat sikit2

bawah ni setelah genap sebulan

 kawasan petak kecik ni selalunya dilindungi bayang2 rumah bila petang, jadi tak kena direct matahari macam petak besar yang kat sebelah tu, jadi kadar pertumbuhan rumput kawasan ni lagi cepat, sekejap je dah bercantum and gebu 
 nampak perbezaan di kawasan ni yang kena direct matahari sepanjang hari, pertumbuhan agak perlahan dan tak yah susah nak kena trim banyak kali sebab lambat panjang
*memang rumput ni digalakkan tanam di kawasan terik matahari

 masih nampak petak2 yang belum bercantum

ni saja perkembangan laman utk bulan ni, kita tengokl lagi perkembangan laman sebulan lagi...

babai!

Comments

Popular Posts