Friday, December 26, 2014

Beli pokok hujung tahun

This is unplanned... tetiba balik keje singgah kampung melayu sungai buloh, lepas tu membeli beberapa pokok.. haha modus operandi nya jadi gitu... mudah kan...

singgah kat nursery yang selalu pegi, sini ada jual anak2 pokok sederhana besar dengan harga rm6 saja... ada satu lagi nursery jual anak pokok kecik rm2 ja satu poli. memang kat kampung melayu ni murah2... bebaloi2 la datang beli.



ni la antara pokok2 yang ada kat situ... lawa semua huhu... geram ja rasa nak beli semua


 ni antara pokok yang dibeli hari tu... tp yang ni tak tau nama apa, daun tebal gila and boleh tinggi sama ngan rumah. tak de bunga, daun semata... rm25
 ni nampak macam 2 pokok, tapi sebenarnya 3 pokok... beli pokok rose color merah 1 and color pink 1 and satukan dalam pasu yang sama. sepokok bunya rose cuma rm6.
and yang kat sebelah tu pokok bunga sundal malam... tak pandai pun nak jaga bunga ni tp beli aje utk pecubaan hehehe... yang ni rm8... murah kan?
and lastly beli pokok pandan and serai nak tanam kat kebun blakang rumah, sepokok cuma rm3 =)

tu lah saja hasil tangkapan hari ni...

sebelum tu ni la gambar pokok bunga yang galak berbunga walaupun hujan2 macam ni...



pokok bunga kuning tu dah pernah sekali tumbang sebab hujan lebat, bunga banyak n berat, tak dapat menampung, terus tumbang, tercabut dari tanah... sedih betul sebab ingat pokok tu dah mati, haa.... sekarang berbunga balik... happy nyaaaa!

No comments:

Post a Comment