Redha kan saja

Sebenarnya malas nak cerita hal hal gosip ni kan. Sebab cerita berputar alam. Kejap si lelaki macam ni, se perempuan macam ni... and lastly terkantoi jua... ini adalah cerita mereka -elia dan kfcm http://www.ohbulan.com/gambar-dahlia-teck-berpegangan-tangan-bersama-jejaka-popular/.


Tak de la menarik sangat cerita ni sebab cerita ni bukan perkara baru... seawal usia begitu memang akan berlaku paling tidah 90%. Cuma yang bertuah je akan mendapat pasangan yang jujur setia sampai ke tua. Kisah mereka mengingatkan kisah aku juga. Antara aku, iskandar dan layla... Dalam perancangan nak kawen dan mengikat janji setia segala macam tu tiba2 si lelaki mula berubah, konon busy (umur muda, baru nak kerja n bina life sendiri)... hampir 2 tahun tertipu akhirnya terkantoi juga si lelaki dengan gambar2 mereka... si layla dan iskandar.


Dan nekad aku putus tanpa berjumpa n tanpa bercakap sepatah pun dengan dia. And to layla, hari ni aku kena, kau jangan pernah lupa esok lusa mungkin kau pulak...untuk iskandar, satu hari nanti kau akan rasa juga sesalnya. Dan memang benar sampai ke hari ni aku tak pernah memaafkan segala apa yang terjadi.


Kalau ada yang pernah mengalami situasi macam ni, aku boleh cakap terima lah kenyataan walaupun perit -lupa dah menangis bape lama, tapi klo rasa nak nangis tu nangis je la- bila dah redha and dapat terima kenyataan tu, hati akan rasa lebih tenang. Apa yang aku fikir waktu tu? cuma satu -dia bukan lelaki yang baik untuk aku. itu saja.


Dan hari ni, aku dah pun berjumpa dengan pasangan hati, dan jujurnya hubungan kali ni aku rasa lebih tenang sebab aku tak pernah ragu. Betul la orang tua kata disayangi lebih bahagia dari menyayangi... jadi berlaku jujur lah sentiasa kerana bagaimana diri kita, begitu juga la pasangan kita =)

Comments

  1. dalam hubungan, kesetiaan penting. kalau takat kawan nak memain. sila lupakan. shian orang weyh.. ;) kan Lini kan? :) Nadh doakan y terbaik buat kamu dan si dia. ;)

    ReplyDelete
  2. miahahah saya suka entry kamu kali ini.. kekadang yg benar tu memang pahit.. bubu mmg terbaek dr iskandar.. tetibe teringat entry dalam blog Nadh.. kan nadh! sampai skang cikki ingat pesanan nadh tu..:)

    ReplyDelete
  3. nadh: time kasih, berkat doa kekawan nih =)
    cikki: hehe harap kali ni berkekalan, letih tau berdrama gaduh2 nangis nak touching2 manja nih, dengan ada org skodeng la, menyamar id la segala... letih, bukan artis pun! huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts