Resepi Buttered Prawn
Helooo... jom kali ni cerita pasal masak lagi, sejak selalu tengok masterchef us & australia ni makin bersemangat cik ninie masak ... okeh semalam i masak buttered prawn, dah banyak kali masak and paling best, resepi ni sangat simple, mudah, cepat and sedap... tapi jangan makan selalu ya... kesihatan kena jaga juga...
ni hasil tangan i, tak banyak pun, dalam 15 ekor udang je
Bahan-bahan:
Udang 15-20 ekor (jangan kupas kulit sebab nanti hilang manis udang)*
garam dan kunyit secukup rasa*
*gaul dan perap selam 10 minit
bawang putih 5 ulas
cili padi 5 (ikut selera nak pedas macam mana)
daun kari 2 tangkai
susu cair 3 sudu besar
telur kuning 2 biji (untuk egg floss)
Cara2:
Untuk membuat egg floss:
kacau kuning telur sehingga sebati dalam 1 bekas.
panaskan butter secukupnya, bila dah panas tuangkan telur dan kacau tanpa henti sehingga membentuk egg floss
setelah kuning dan wangi, ketepikan dan tapis minyak nya... biarkan sejuk
Untuk udang:
goreng udang yang diperap sehingga hampir masak, kemudian ketepikan
tumis bawang puting dan cili potong bersama sehingga kuning dan wangi
masukkan daun kari dan tumis sehingga garing
masukkan udang dan gaul bersama
masukkan susu cair gaul sehingga susu kering dan sebati bersama udang
selepas masak, letakkan di atas pinggan dan taburkan egg floss tadi kat atas udang.
Siap dihidang!
SELAMAT MENCOBA!
sedap!!!
ReplyDelete