My Chocolate Chip

Ni pertama kali buat kuih raya... teruja! Sebelum ni buat juga but jenis simple tahap kanak-kanak umur 10 tahun buat tu... conflakes ngan coklat. Pejam mata pun boleh siap. Tahun ni sebab ada oven baru, milik sendiri maka sangat seronok nak try macam-macam cookies. Okeh ni adalah resepi amik dari internet... tak ingat dah kat mana but ada 4-5 blog juga yang pakai resepi ni dan alhamdulillah menjadi. Tapi yang pasti resepi asal nya dari web My Resepi.


CHOCOLATE CHIP COOKIES

Bahan-bahan ( 1kilo cookies = 100 keping )- i buat size ala famos amos dapat dalam 200+ keping
1 cawan gula
1 cawan padat gula perang *
1 cawan mentega (~150gm)
1 cawan minyak
1 telur
1 sb susu segar
4 cawan tepong gandum
1 sk garam *
1 sk cream of tartar- i malas nak cari so i gantikan dengan cuka makan
1 sk baking soda
½ cawan walnut cincang
2 cawan semisweet chocolate chips
1 sk vanilla extract
Cara-cara
1-Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu and vanilla hingga sebati.
2-Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
2-Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)

Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk. Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain

1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang

2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan

3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.


ni i buat, susun comel2 kat dalam tray sebelum masuk oven, get ready untuk mengembang


bila dah kembang saiz akan jadi 1/2 kali ganda lebih besar, so jangan letak repat2...


SELAMAT MENCOBA!

Comments

Popular Posts