Monday, August 1, 2011

Kebizian Teramat

Lama sangat2 tak menaip kat blog ni, kebizian teramat dengan semua hal duniawi ni. Semua benda nak kena siapkan dalam satu masa. Penat2 plan dah alang pulak buat kejutan nak balik kampung tiba2. Habis plan aku tu, maka balik lah kampung -paling tak tahan tu sbb tak sempat jumpa bubu, lepas ni tak tau lagi bila nak boleh jumpa-


-balik kampung malam tu dok dalam kreta rasa nak nangis. elok naik estima, aku pilih dok belakang skali... melayan perasaan-


Sebelum balik dari kampung tu, seminggu dok membeli bunga. Nak gubah untuk bilik la, dah kena beli sepasang, pastu membeli bekas hantaran. Malas nak g survey, apatah lagi nak ke nilai nun, tak kuasa. Maka semuanya aku memborong kat KK Home Deco kat ampang tu. Siap aku ngan kak nor salah percaturan lagi. Boleh pulak salah kira discount. Maka aku pun muka tak bersalah buat gores dan menang credit card yang bubu bagi tu... hehe... bubu, halalkan ek? Lepas gores malam tu baru bagitau bubu... hehe. Sayang kamu!


Bunga bunga kat sini buat aku rambang mata lah!


Selesai minggu balik kampung. Ada lagi benda kecik-kecik yang tak settle. Masih lagi dengan bunga. Kali ni mencoba bunga kat Romantika pulak. Lebih kurang harganya dengan KK Home Deco, ada yang murah kat sini, mahal kat sana. So membeli lah lagi cik bunga itu untuk digubah... kali ni bunga nak letak kat setboard and meja sisi tepi katil. Kecohkan bunga besar hari tu sampai tarlupa bunga kecik2 ni.


Selesai dengan bunga, weekend hari tu aku n kak nor ke jalan TAR, membeli langsir, membeli bunga -bunga lagi? kali ni bunga dulang la... nak deco, and membeli kain net n lace nak buat veil. Hasil creativity tangan n tahap pemikiran yang asyik nak jimat tu, maka veil diputuskan untuk buat sendiri. Menepati citarasa, saiz dan gaya. Yang ada jual tu dah la mahal, design ciput2 je letak, ada juga kain keras macam penapis air... maka aku buat la sendiri...


Nanti bila dah tunang aku uploadkan gambar veil D.I.Y aku tu, nak kata cun sangat veil tu tak de la, tp sebab buat sendiri kan, maka kepuasan tu berganda n berbaloi2.

Kos buat veil:


  • kain net : rm5 (semeter)

  • kain lace: rm29 (semeter)

*aku beli kat kedai madras depan semua house. Kedai ni layanan sangat bagus, friendly dan banyak pilihan. Murah ok! Kalau setakan beli nak gunting2 and nak pakai untuk 2 jam nye majlis, nak ke berhabis sampai beratus ringgit? Aku tak sanggup meh... duit banyak lagi nak guna kat tempat lain...

1 comment: