Tuesday, June 14, 2011

Pilihan Busana Pertunangan

Agak pening kepala nak memilih busana pertunangan ni rupanya. Jejak je kaki kat Gulatis, nah hamik kau, semua cantik-cantik belaka (harga pun cantik juga), pegi Jakel pun sama, rambang mata! Nasib baik I tak ke Bandung... kalau tak for sure baju tunang i dah bertukar jadi 30 helai! So dipendek kan cerita maka bermula la step mengshortlistkan jenis busana yang bekenan di mata...


memula bekenan sangat dengan kaftan ni, tapi memandangkan i ni kecil molek maka tak sesuai la busanan ni, kang nampak macam kelambu pulak

ok terjumpa pulak dengan baju yang Mak Iti pakai ni... nice kan, simple and sweet



and terjumpa lagi yang ni pulak... haa ni betul betul bekenan, but dalam keadaan bajet ni kena la bertimbang tara kan, sebab material baju ni pakai kain chiffon, sebab tu la terletak cantik.... chiffon tu pulak rege nye mau RM300-400, but im in love with this design

ok, 2nd choice adalah design yang paling ringkas, simple and material yang boleh dipelbagaikan. Dan juga sesuai dengan apa saja bentuk tubuh mahupun ketinggian... hmmm.... boleh dipertimbangkan juga ni. Maklum la, nak bertunang aje pun, kesederhanaan amatlan diutamakan....



dan lagi pilihan yang ada, rasanya yang ni lagi cantik.... eh nape semua gambar Mak Iti ni? haaa... ni la mudahnya, sebab mak iti sentiasa tampil sopan but nice, so sesuai dijadikan rujukan, tambah tudung aje sikit sebab saye bertudung litup, and baju Mak Iti sgt flexi and sesuai... Mak Iti, boleh tak sponsor kan baju tunang saye? *wink...



and lastly......... baju kurung, guess what? baju ni memang i sgt2 suka sejak direka lagi, designer nya rizalman la of course... baju ni sgt simple, sedap mata memandang, mewah, dan tak lapok dek zaman... baju ni i jumpa tahun 2008...tak pasti pulak tahun sebenar baju ni direka... sampai skrg tahun 2011, masih lagi kelihatan segar n fresh... hmm.... boleh dipertimbangkan juga kan?




Marilah Membuat Pilihan!

5 comments:

  1. suka baju siti tu.. tapi yang gamba last tu pun cantik.. kamu kurus dan kecik takpe pakai baju yg mcm tu.. nanti nampak besar sket badan.. hee hee

    ReplyDelete
  2. ha tu la, yang last tu sangat cantik, simple aje, macam sesuai utk bertunang... memang sangat bekenan

    ReplyDelete
  3. ...suka tgk siti peluk pintu...agak seksi...terasa gatal plak... :p

    ReplyDelete
  4. @hana: baju last tu memang menarik perhatian, simple dan anggun... teringin....

    @jan: kamu memang, tgk pompuan cantik je tetiba berubah watak =P

    ReplyDelete