Tips Kurangkan Rasa Tertekan dan Letih
- Jangan Simpan, tapi alirkan rasa stress keluar
Maksudnya kat sini, jika kita perangi stress maka kita akan dapat lebih banyak stress. Bina ketenangan , kebahagiaan dan keseronokkan. Stress akan menarik lebih banyak stress dan ketenangan akan menarik lebih banyak ketenangan. Alirkan stress dengan melakukan sesuatu perkara seperti memasak, mengemas, menjahit, shopping, window shopping ataupun membaca (online pun boleh). Sibukkan diri kerana ia dapat mengelakkan diri dari memikirkan perkara yang menyebabkan stress
- Maafkan diri anda dan lupakan semua yang berlaku
Jangan pandang belakang, maksudnya= perkara yang sudah berlalu maka biarkan lah ia berlalu (eh macam lirik lagu lak ek?). Usah di ingat lagi kerana hidup kia maju ke depan bukan ke belakang dan sesungguhnya kita makin tua dan bukan makin muda. Memaafkan diri sekiranya melakukan kesilapan dan bersedia untuk mencorak kehidupan dengan lebih baik dan mengumpul semangat dan terus membina.
- Focus pada solusi
Stress berpunca daripada tekanan kerana anda menghadapi masalah. Untuk mengatasi stress, fokus pada penyelesaian. Selesaikan situasi yang kita lalui. Kebanyakan wanita mengalami stress kerana terlalu memikirkan masalah dan bukan bertindak menyelesaikan masalah.
- Hampirkan diri dengan cinta dan kesyukuran
Dekatkan diri dengan seseorang yang memahami kita dan memberi semangat kepada kita (suami pada yang telah berkahwin). Kurangkan bergaul dengan orang yang hanya tau mengomen perbuatan anda. Sebagai contoh, jika mengalami masalah, jangan cari kawan yang hanya tau mentertawakan sebaliknya carilah kawan yang sudi mendengar.
Sumber: inforumahtangga (majalah PESONA PENGANTIN edisi MEI 2011)
thanks ninie...
ReplyDeleteina sekarang seolah membawa satu batu besar..
nak lepas sayang nak heret tak mampu..
hopefully semua ni berakhir dengan cepat..
memang time ninie baca megazine ni teringat kat ina, dont worry, yang penting fikir cara menyelesaikan, harap semuanya akan ok balik... sekarang masa ina, semua org akan tiba masanya juga, jangan risau ok. bak kata-kata ni "masalah manusia, manusia juga selesaikan nye" => masalah duniawi *hugs
ReplyDeletehai ninie..dtg baca kat sini..salam kenal n fllw u
ReplyDeleteai ninie.. hehe
ReplyDeleteada fb x ? please add me ,
pujangga_peace at yahoo dot com
h hannaan, im done! xoxo =)
ReplyDelete