Monday, November 14, 2011

recover

hello! kembali berbloging setelah sekian lama berehat... awal bulan november tahun ni merupakan hari2 terindah... dapat jumpa bubu! hehe... dia balik kampung sesama dengan i, boleh buat fitting baju pengantin sesama... wahhhh best nya. Selama ni aku nuat preparation sesorang je kan... sampai pi tempah baju semua orang tanya "tunangnya mana? tak datang sekali?" -akak ni tak larat dah nak jawab...akak ni superwoman dik, semua benda akak buat sendiri.

superwoman pun last2 i demam jugak! sebeb tu la lama bebenor tak berblog, demam teruk sampai doctor kasu cuti direct 3 hari, hari ke 4 tu demam lagi tapi i dah kebosanan kat rumah nun, lagipun dah bejanji ngan akak kat opis, nak ke sogo beli cadar pengantin i, pi lah juga opis... demam2 pun sampai ke sogo langkah kaki i ni... panjang kan?

dah kesuntukan masa ni, time ni la demam nak datang teruk2 kan, dalam kepala otak i ni risau mcm mana la hantaran orang tempah, tak buat2 lagi, bunga2 tak beli lagi, nasib baik la dah nampak ckit2 gambaran macam mana nak deco, customer pun nak yang simple aje... so tak la susah sangat nak menggubahnya...
Hari sabtu tu juga bangun awal pagi, pi amik barang yang beli semalam, lepastu balik terus ke kedai bunga, 1 jam juga aku betapa kat kedai bunga tu, kalau nak beli kat diri sendiri memang main rembat aje kan, tp kalau nak belikan untuk customer banyak hal nak dipertimbangkan...nak pricing yang terbaik semestinya... nak cari yang cantik sudah tentu, dan nampak berseri! nama pun pengantin kan... pastu dalam kepala otak ni dok fikir, dia amik photographer yang kelllassss, dah kang snap gambar hantaran i yang tak semenggah tu nanti cacat pulak album nye... owh stress... kenapa aku stresskan diri sendiri ni?

 time ni baru siapkan 1, tapi belum kena final touch lagi sebab barang nye belum sampai
dah siap 4, 5 more to go....

last2 sampai ke 10 malam juga aku mengadap benda ni, tak larat dah nak snap gambar, tunggu nanti dah letak barang2 semua baru aku snap gambar balik. Ada juga request nak buat fresh flower, fresh flower memang cantik dan kalau pandai cari, harga nya lagi murah dari artificial flower, cuma nasihat nye, fresh flower ni sensitif, tak kena gaya bunganya cepat lebam2, nak kena duduk kat tempat tak berbahang macam berbumbung and paling elok tempat ada aircond, nak kena maintai kelembapan, kalau barang hantaran korang kulit... beli mahal2 macam gucci ka, manolos blahnik ka... tak ke haru nak kena dok perap ngan bunga2 lembap tu?

dah la tu cerita weekend ni, malam tadi sebelum tdo cikki cakap ada order masuk untuk cookies, nak amik rabu ni... so lepas balik opis malam ni i akan mulakan operasi.

p/s: kenapa weekend ku lagi bz dari hari2 biasa?

No comments:

Post a Comment