Jangan keruhkan suasana
Antara perkara yang paling tak suka adalah huru hara... orang luar yang nak bagi pendapat sila jangan menyusahkan sape2 dengan perkara2 yang tak seberapa penting melainkan perkara itu menyentuh bab halal dan haram... harap hal ni dapat jadi rujukan pada bakal pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan
Soalan :
Saya dan pasangan dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan Mei 2005. Namun kami berdepan dengan masalah menentukan tarikh dan hari yang sesuai untuk majlis akad nikah. Tarikh awal yang dipersetujui adalah pada 28 Mei 2005 (Sabtu) bersamaan dengan 19 Rabiulakhir 1426H.
Terdapat sesetengah pendapat menyatakan hari tersebut tidak sesuai atau tidak elok dibuat majlis pernikahan. Disini, saya ingin bertanya mengenai kaitan hari-hari dan bulan yang sesuai dalam Islam untuk majlis pernikahan. Adakah ia telah dinyatakan dalam Al-Quran dan adakah tarikh diatas sesuai untuk majlis pernikahan kami?.
Besarlah harapan saya sekiranya tuan sudi menghurai permasalahan ini.
Jawapan :
1. Al-Quran dan Sunnah tidak pernah menyatakan secara khusus hari-hari yang tidak harus seseorang itu melakukan sebarang perbuatan seperti nikah kawin. Malahan Rasulullah telah bersabda yang maksudnya :
"Tidak ada jangkitan penyakit, tidak ada sialan pada burung, tidak ada musibah pada burung hantu dan tidak ada bala' dalam bulan Safar".
Dengan ini sebarang kerja bolehlah dilakukan pada waktu yang sesuai berpandukan pandangan dan kelapangan manusia itu sendiri. Dalam Islam semua hari adalah sesuai untuk majlis perkahwinan. Walau bagaimanapun ada baiknya tidak dilakukan majlis tersebut dalam bulan Ramadhan kerana setiap orang Islam berusaha merebut fadhilat Ramadhan atau hari-hari yang hampir ke Ramadhan, kerana dikhuatiri akan berlaku perbuatan salah laku yang men-yebabkan kifarah seperti bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadhan.
2. Oleh itu apabila majlis akad nikah yang dijadualkan pada 28 Mei 2005 itu tiada sebarang halangan,maka harus dijalankan.
3. Apa yang penting, kita memohon kepada Allah S.W.T. agar perkahwinan itu berpanjangan hingga ke akhir hayat, hidup aman daman dengan mendapat zuriat soleh dan solehah disamping restu daripada kedua ibu bapa anda.
Wallahu a'alam
Comments
Post a Comment