order lagi!
Alhamdulillah, seronok sangat bila order masuk kan. This week banyak juga order masuk dari cik cikki. Sampai ada yang terpaksa ditolak, bukan ape, jauh sangat customer nye... kalau kat klang valley boleh la. Cookies ni rapuh, risau juga kalau pos nanti berderai jadinya. Customer bayar ka, tak best pulak. so tanak la amik risiko. Kesian kat customer.
Kali ni order masuk banyak untuk jenis chocolate. Actually my chocolate chip ada 3 jenis:
- original -betul2 ambil dari resepi asal. warnanya kekuningan dan rasa chocolate datang dari chocolate chip sahaja (semi sweet chocolate chip).
- chocolate - i dah adjust resepi, tambah lebih chocolate dalam adunan dan ditambah dengan rasa chocolate dari chocolate chip (semi sweet). Jadi lebih rasa chocolate!
- double chocolate - yang ni i guna black powder, dan dark chocolate chip. cookies ni rasa kurang manis tetapi lebih kepada rasa pahit chocolate. Bitter sweet la kiranya. Warnanya hitam.
(semua cookies ni pakai almond sebab almond paling sedap untuk cookies jenis macam ni)
ni adunan untuk cookies jenis chocolate. Banyak customer sukakan yang ni.
ni pulak baru lepas kuar dari oven. Dalam process nak sejukkan
dah siap masuk balang! satu adunan boleh dapat 4 balang bergantung kepada saiz... dulu buat kecik2 dapat 5 balang. Tapi customer cakap tak puas makan sebab saiz kecik. So saiz dibesarkan, janji customer happy!
p/s: saiz besar lagi cepat process nak membakar, tak la sakit badan sangat!
nyum nyum !
ReplyDelete