Tuesday, February 18, 2014

Rumah Baru: Sinar 2, Sungai Buloh

Alhamdulillah akhirnya siap juga rumah kami. Ha ni baru gi tengok minggu lepas, kunci nye tak dapat lagi, ni pegi kira tingkap bape banyak yang ada, bajet nak tempah gril rumah nnti. Boleh tahan banyak juga tingkap nye huhu. Kami beli rumah ni dah lambat, dah siap dalam 70%, so tak de la lama sangat kami menunggu, dah tu unit lain pon dah sold out, kiranya unit ni ada orang tak jadi beli, rezeki kami la kot. eh bukan, ni sebenarnya rezeki Hariz, dapat beli rumah ni masa lahirkan Hariz. Penyeri hidup ummi, buah hati ummi dunia dan akhirat. =)


Dapat tengok dari luar aje. Nnti dapat kunci aku amik gambar dalam pulak okeh. Skarang dalam process nak settlekan late interest charge yang banyak melampau, tak happy betul dapat surat gtu tau. Bab tu pon nanti settle aku ceritakan kronologi nya. Boleh la korang buat rujukan n peringatan time nak membeli property nanti.

jumpa lagi nanti.... daaa!

No comments:

Post a Comment