BABY SKINCARE
Lupa nak cerita kat dalam blog ni. Sejak baby Hariz lahir Alhamdulillah kulitnye sihat n tak de alahan. Ramai orang tanya makan apa n pakai product apa. Actually nak cakap mcm mana pon tak tau kan sebab lain orang lain pendapat. Nak ikut cakap orang tua or nak ikut cakap doctor? Kadang kadang pendapat dorg ni bercanggah. Tapi aku buat pilihan ikut bacaan dan apa yang aku faham aje.
Jangan terlalu inginkan anak berkulit cerah sampai memaksa diri makan product vitamin-c la, minum soya hari2 la... sebenarnya kita makan apa yang kita teringin nak makan semasa mengandung tp dalam kuantiti yang memadai. Macam aku, aku banyak ambil susu dan sebolehnya avoid soya sbb dari bacaan aku, air soya ni mendorong untuk bayi mendapat kulit sensitif, mmg kulit cerah tp sensitif... nak ke? kesian baby... soya ni hanya elok kalau process nye betul. untuk wanita mengandung digalakkan mengambil soya yang diprocess penuh mcm tempe tu. sebolehnya elakkan air soya. Kalau mengidam tu minum lah buat lepas geram, tp jangan out of control
Bila anak dah lahir, tolong jangan sumbat anak makan macam2 sebelum tahap umur yang sesuai. Memang mencabar tahap ni sebab bila kita hantar kat baby sitter or org lain jaga disebabkan kita bekerja, memang kita tak boleh nak control dalam bab ni. macam aku, baby hariz tu dah makan biskut tiger seawal umur dia 4 bulan, dah makan hotdog, dah makan aiskrim... kononnya hariz suka makan, dia tak memilih n makan je... im not happy about that. ada yang kata "bagusnya budak ni, makan macam2, senang nak jaga" no no no... this is not good! please alert ok, usus baby sangat sensitif dan sebolehnya jangan rosakkan sistem pencernaan, Bagi bayi makan bila usia dah genap 6 bulan. Mulakan dengan solid food supaya sistem penghadaman bayi mudah terima dan ikut skala yang disarankan oleh doctor. Jangan sumbat dengan makanan orang besar, elakkan perasa mcm garam dan gula, jauh lagi ajinomoto. alah... sebagai mak korang mesti tau apa yang terbaik untuk bayi korang.
*pelikkan bila berpantang ibu2 ni sangat jaga pemakanan, masin tak boleh, pedas tak boleh, air sejuk tak elon, makan herba itu ini... tp bila bab bayi boleh pulak ek sumbat makan macam? -think about that! dont be selfish!
Tak kurang juga yang tanya skincare apa hariz pakai? Seperti aku cakap tadi, aku pilih ni atas hasil bacaan dan kefahaman aku, aku pilih untuk gunakan earth mama angel baby. Ya, mahal dan berbaloi, Alhamdulillah serasi dan hariz langsung tak de ruam walaupun kuat berpeluh. Product ni ada jual kat online n klo kat store pulak susah ckit nak dapat. Macam aku, aku beli ni kat bangsar village. RM55 untuk mandian baby (boleh refill bila habis), tahan sampai hariz umur 6 bulan hokey! baby balm ni rm29 sebotol utk elakkan dari nappy rash, pakaikan tiap kali salin lampin tu, and sampai skarang umur hariz dah stahun belum habis lagi pakai... haaa berbaloi tak??? fikir sendiri lah, harga mmg mahal tp tahan lama.
Comments
Post a Comment