Masa untuk Bergerak ke Depan
Orang kata benda yang menyeronokkan selalunya tak kekal... dan berdasarkan pengalaman sendiri, nampak gayanya memang macam tu. Kali ni kesahnya di tempat kerja, compared dengan tempat kerja lama, yang baru ni lebih menyenangkan dari segala segi. Contohnya:
ni ruang besantai betul2 kat tepi cube saya
time mula-mula masuk ada warm greeting macam ni, best juga...
sampai aje kat opis baru masa 1st day barang-barang semua dah sampai kat cube, dorang hantarkan, best kan?
my cube stategic sangat sebab dekat dengan pintu keluar, senang nak balik... hahah... and dinding kuning tu gym... petang2 boleh masuk gym free, dekat aje, sebelah meja...
and susun atur meja nye lapang, lapang aje nak keje pun...
my cube pulak memang tepi tingkap, memang betambah lapang...
Tapi yang terindah hanyalah sementara. Al kesahnya sales team kat sini dah mula di offer dengan vss. VSS tu adalah term yang paling kitorang tak suka dengar but datang juga... so sekarang semua orang dah tak de motivasi nak kerja, worried and dah hilang focus termasuk i! Maka setiap hari melangkah nak ke tempat kerja makin betambah2 la doa sepanjang jalan. Kalau sebelum ni berdoa selamat perjalanan pergi dan balik, tapi sekarang betambah panjang doa ~ selamat pergi dan balik, di murahkan rezeki, berkati setiap langkah kaki ini, dan mohon hari ini adalah lebih baik dari semalam...
Kita ni sebagai manusia meminta saja pada Allah sebab hanya Allah saja yang suka kita meminta-minta... jangan meminta pada manusia kerana manusia tak suka pada orang yang meminta-minta. =)
Comments
Post a Comment