Haslini Mudah Lupa

Ini adalah gambar Al-Ma'thurat yang dihadiahkan oleh Bos Persoft sewaktu perasmian surau baru di Persoft Tower.


Malu nya nak mengaku, hadiah ni sekian lama menjadi bahan hiasan aje kat bilik... tak guna pun, ada la sesekali pakai bila nak baca surah Yaasin pada malam Jumaat. Selebihnya tinggal aje kat situ... betapa rugi nya hidup manusia yang bernama Haslini. Harap kepada sesiapa yang membaca, jangan la jadi seperti saya, hidup dalam kerugian kerana tidak beramal sedangkan ilmu sudah di miliki...


Malam ni ntah macam mana terasa sangat diri hidup dalam kerugian dan tiada apa yang dapat dibanggakan. Kosong. Tiada peningkatan hidup. Hati sayu bila teringat zaman remaja saya yang hidup penuh terisi dengan amal. Salah satu yang menjadi amalan saya ketika remaja dulu adalah Al-Ma'thurat. Mari kita mengenali apa itu Al-Ma'thurat




  • Al-Ma'thurat adalah himpunan zikir dan doa yang diajar oleh Rasullullah s.a.w kepada para sahabat dan umatnya.


  • Ia dimulai dengan ucapan "Aku memohon perlindungan Allah, Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada gangguan syaitan yang direjam." Ucapan ini mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti sepatutnya berserah diri kepada Allah s.w.t . Ucapan ini juga menunjukkan betapa besarnya harapan yang dipanjatkan oleh seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha agar terhindar daripada sesuatu yang dapat memesongkan jiwanya daripada mengingati Allah s.w.t.


  • ganjara bacaan Al-Fatihah dalam Al- Ma'thurat yang dihayati: Rasulullah s.a.w bersabda "Demi Allah yang nyawaku berada di dalam kekuasaanNya, tidak pernah ada surah yang diturunkan sama ada di dalam Tawrat, Injil, Zabur atau Al-Furqan (Al-Quran) yang dapat menandinginya. Ia adalah tujuh Mathani (yang di baca berulang-ulang dalam solat dan Al-Quran yang agung yang dianugerahkan kepadaku."


  • ganjaran bacaan surah Al-Baqarah: "Sesiapa membaca sepuluh ayat daripada surah Al-Baqarah pada awal pagi, nescaya dia tidak didekati oleh syaitan sampai ke petang. Jika dibacanya pada waktu malam, nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai ke pagi. Dia tidak akan melihat sesuatu yang buruk menimpa keluarga atau hartanya." -riwayat al-Darimi dan al-Baihaqi-


  • ganjaran membaca ayat Kursi: "sesiapa yang membaca sepuluh ayat: ayat-ayat surah al-Baqarah, ayat Kursi, dua ayat selepasnya dan hujung surah al-Baqarah, nescaya syaitan tidak akan masuk ke rumahnya sehingga pagi." -riwayat al-Tabrani dan al-Hakim-

Itu lah serba sedikit yang dapat dikongsi pada entry kali ini. Sebenarnya banyak lagi kelebihan Al-Ma'thurat ni, memang tak habis kalau nak dikupas satu persatu. Sayangnya kita tak tahu. Kalau la kita tahu dan faham kelebihan Al-Ma'thurat, pasti rasa amat rugi kalau tak amalkan selalu. Peringatan ni untuk diri saya juga. Sebab saya sangat mudah lupa dan leka. Iman sangat rapuh... tak seteguh mana... harap saya akan dapat baiki kelemahan diri ini, tak mau lagi hidup dalam kerugian...

Comments

Popular Posts