Friday, April 28, 2017

RESEPI TAUHU BERGEDIL @ TAUHU SUMBAT

OMG! Lama gila tak update!


hahahaha Assalamualaikum you guys. I knew some of you just drop by to skodeng me. But really sorry, life is getting busy now because I just bring up my hobby to another level. I am getting busy baking plus dating keje kat office macam biasa. Keje pulak sekarang ni dah start buatkeje baru yang required me to focus a lot. Tak leh curi2 nak tengok gossip girl mcm zaman dulu2... Omg! this is 2017 and I still talk about gossip girl... hahaha its me darling, I cant move on.... lols!

ok here I would like to share a recepi, I want to keep it for my reference as well. I just try it last week and it turn out so sedap for me. I love it! MMMMMUUUUAAAHHHXX!


Bahan-bahan:
1 packet tauhu (untuk buat tauhu bakar)- I used small size
4 biji kentang
1/2 cup susu segar @ susu cair
garam
serbuka lada hitam
1 biji telur
hiasan: bawang goreng & cili padi

bahan sos:
3 sudu besar gula merah (mulakan dengan 2 sudu)
1 cawan air
2 sudu tepung jagung
6-7 tangkai cili kering
fish souce
garam


Cara-caranya:

  1. Kita mulakan dengan membuat sos.
  2. Potong cili kering, basuh dan goreng sebentar. (sehingga garing tapi bukan hitam). Just nice. lepas goreng, masukkan dalam blender dan blend dengan sedikit air. Ketepikan.
  3. Dalam souce pan, panaskan minyak sedikit, masukkan gula merah, gaul sekejap je dan tuang air. Kacau sehingga gula larut.
  4. Masukkan cili kering yang dikisar, gaul sebati dan biarkan sehingga mendidih.
  5. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalan souce pan. Gaul. Sos akan menjadi sedikit pekat.
  6. Rasakan dengan garam. (Cuba rasa ikut selera masing2, jika kurang manis boleh tambahkan gula, jika terlalu pedas tambahkan air dan tepung jagung lagi)
  7. Bila sudah seimbang, tuangkan 1 sudu teh minyak ikan untuk menikkan aroma. Juka sos kurang pekat tambahkan bancuhan tepung jagung. Siap!

Jom Kita buat tauhu sumbat pulak!


Cara-caranya:

  1. Potong kentang kepada size cube dan gorengkan (masak dan lembut)
  2. Toskan kentang dan masukkan dalam food processor. (guna lesung batu lagi sedap)
  3. Masukkan susu, garam dan serbuk lada hitam (untuk rasakan, jangan terlalu banyak). Lenyek perlahan2 sehingga sebati, lembut menjadi doh yang boleh dibentuk.
  4. Ambil tauhu, belah pada bahagian tepi dan sumbat isi kentang ke dalam nya. Tauhu utk menggoreng ni memang berongga sifat nya, boleh adjust dengan jari untuk masukkan ubi kentang.
  5. lepas siap isi semua tauhu, celup dalam telur dan gorengkan.

Siap dan sedia dihidang seperti dalam gambar. Bawang goreng yang rangup wajib ada dalam hidangan ni sebab for me sedap bila makan tauhu yang lembut lemak dan dikunyah bersama bawang goreng yang rangup bersama sos manis pedas tu. (sos ni ala2 rasa sos yong tau fu tau!)


selamat mencoba!




No comments:

Post a Comment