SIEM REAP


Hi, kali ni entry pasal travel pulak. Actually kali ni follow team building my company ke Siem Reap. Honestly sangat2 mencabar ke Siem Reap on this date sebab this is the hottest season kat Siem Reap (March -April).
 
I memang tak pandai nak menaip bab travel ni sebab terlalu banyak gambar nak pilih n terlalu banyak detail nak kena ingat, but I will try my best. Hopefuly penceritaan akan jadi menarik hasilnya. I tak de nak buat entry part 1,2,3... one shot terus nak cerita n tempek gambar banyak2 terus sekali jalan, okeh!
 
Perjalanan mula pukul 6.30 pagi, so pukul 4.30 pagi dah terpacak kat airport. Mudahnya pegi ngan trip ni sebab semua travel agent sediakan and we just follow ja...
 
warm up amik gambar mcm selalu org2 nak travel buat... thehehehe...
 
 
dalam ni ada siap bearding pass segala bagai, tak kalut dah i nak check in semua, just hantar beg masuk luggage ja
 
lama dok melepak tunggu time masuk flight sambil cakap kat siti, nnti leh la kita tgk view matahari terbit dari atas flight ye dok?
 
muka tahan mengantuk tak tdo sebab masing2 pack baju last minit kot, kul 3 memasing dah keluar rumah dah...
 
al kesahnya 1 jam dok menegak atas flight ni, tak jalan2, flight delay kekdahnya!... cabaran betu, dari kul 6.30 pagi, samapai kul 7.30, dari gelap sampai cerah... punah harapan nak tengok matahari terbit dari atas flight... tak de gambar nak tunjuk kat korang!
 
dalam 7.40 baru betolak... lapar dah, pejalanan ke Siem Reap amik masa lebih kurang 1 jam 50 minit. Sebab seat dok kat belakang2 sekali, lepas satu jam pejalanan baru dapat makan nasi lemak, sedap... 10 minit ja selamat masuk perut.
 
Ngam2 habis makan, sampah2 semua dah collect, pilot pun announce nak landing dah... huhu time ni terseksa sakit telinga sebab aku selesema, hidung ketat... tekanan udara lagi, memang sakit teramat...
 
huarghh... baru start perjalanan penuh keseksaan...
 
selamat landing...
 
sebelum masuk  kena lalu kastam, sangt slow kastam dorg ni... dari pada ramai2 orang beratur, lane aku tak bergerak2, sudahnya aku jadi orang terakhir yang lepas kastam.... hahaahaha why me???
disebabkan aku orang terakhir lepas kat kastam, maka sim card pun tak leh nak beli sebab semua orang dah tunggu, kami nak terus ke Ankor Watt...pasrah... tak leh lagi nak whatsapp kat husband n tanya khabar anak... I cried huhuhu
 
ok bus pun betolak ke Ankor Watt... sepanjang perjalanan memang aku jamu mata view kat Siem Reap, tanahnya kering, masih banyak tanah merah, debu perkara biasa, jalan raya yang kurang peraturan tapi tak de kemalangan. Kagum... sepanjang 3 hari aku kat kat sana memang tak bejumpa pun kemalangan. For my first impression, Siem Reap kaya dengan art... bangunan2, barang2 harian... banyak unsur seni.
 
Angkor Watt
 
Ok dalam 30 minit pejalanan sampai juga kat Angkor watt. Tempatnya sangat luas, dikelilingi tasik dan hutan... teralau ramai manusia, sangat panas... mencabar kan?
 
sebelum masuk kami kena amik gambar sbb nak print atas ticket. Harga ticket USD20.
 
here we are... tengok laluan ni Nampak dekat kan, actually ni dah separuh, kat belakang I panjang lagi, belum masuk jalan nak ke tempat parking bus.... dah jalan separuh baru ingat nak amik gambar... kiri n kanan tu tasik - tahap kepanasan... membara
 
ni floor bawah, kira macam entrance la, rumput pun kering,
 1st time dating sini, sampai je kat entrance rasa mcm nak explore more... walaupun mula rasa panas membahang
 
 
apa pun selfie dulu...topi tu travel agen bagi... topi ni tak cukup besar rasanya, kalau boleh nak bawak topi ada kipas siap.... takut tak larat je nak bawak bejalan
 
macam yang aku cakap, Siem Reap mmg terkenal dengan art... Ankor Watt salah satu... masih active kat sini dengan tempat pemujaan, masih ada sami2 dan pengunjung2 yang datang untuk tujuan keagamaan, tapi sebagai Muslim, kita tengok la seni binanya... apa yang perlu kita amik tahu ya...
 
memang cantik... ukiran seni di merata sudut, sekecik2 tempat semua batu2 nya berukir, ada ukiran cerita tentang Buddha, tentang Hindu, sejarah2 mereka dan ada juga ukiran flora2...
 
 ni antara pintu2 yang menbawa ke pintu yang lain
 
katanya binaan ankor watt ni ada 3 jenis batu.... patut la kukuh sampai beribu tahun
 
 ni antara ukiran di dinding
 
 wefie... bawah shades adalah perlu... tp bila dah pakai shades takut sunburn n putih area mata ja... hahaha lawak ayat hang cik siti oi
 
ni antara ukiran yang I suka tengok, flora2
 
Angkor watt ni ada 5 tingkat dan sangat luas... tingkat yang ke 5 tak leh naik sebab tgh di baik pulih... phewww thank god... aku tak mampu lagi nak hadap tengah panas naik naik sampai tingkat 5.
 
time ni dah tinggal berapa kerat ja yang follow tourist guit kami, yang lain dah tersadai kat bawah... kalau ikutkan aku si kecik kurus ni memang tak mau follow dah, but alang2 sampai sini saying pulak tak experience sendiri kan.... gigih kau I follow sampai sudah... hahhaha
 
 dari jauh...sebelah kiri tu la jambatan yang kena lalu nak masuk Angkor watt... jauh kan
 
 jenuh tourist guide panggil rombongan ni... semua takut panas


till then Angkor watt... tak tau bila akan datang lagi sebab tak mungkin akan datang dalam jangka masa terdekat ni sendiri sebab tak sesuai bawak anak kecik, panas dan berdebu...
 
next stop is
 
Angkor Thom
 
Angkor Thom lebih kecik dari Angkor Watt, tapi ada banyak pintu keluar, jangan sesat k. Cara seni binaan juga lain. Di Angkor Thom cara binaan nya cuma di susun2 ja batu atas batu... dan ianya kukuh ok... batu tu pulak besar n berlapis2...
 
 setiap perincian akan Nampak muka2 patung yang pelbagai... time ni dah keletihan mintak bantal ja... tak mampu dah nak amik gambar banyak2
 
 this is the entrance....
jalan keluar aku tak amik gambar sebab bila nak keluar tu cepat2 cari bus.... tak mampu dah aku nak gigih amik gambar bagai...
 
 
this is the last stop, not at Angkor Thom... but this place are very well known because of the Lara Croft: Tomb rider
 
next check in is our hotel for 3 days n 2 nights... yeahhhh... finally!
 
Hotel: Sokha Angkor
 





 
hotel sangat bersih, besar dan selesa lepas kepenatan berpanas kat luar, lepas jalan jauh n keletihan, dapat tilam empuk memang pampered habis.
 
hari nak balik baru sempat pusing2 kawasan hotel n tengok swimming pool segala macam tu... nak tgk gambar ckit k...
 



 sebenaqnya nak amik idea buat deco laman mcm ni kat rumah
 
ni dia nye exterior... interior pulak mcm kat bawah ni
 
 
okeh, later sambung esok punya activity...

*******

Amazing Race

Ok, dah cerita bab Angkor Watt and hotel, sekarang nak cerita pasal activity team building kami di hari ke 2 kat sini.

Pagi2 bangun awal nak turun breakfast... breakfast memang kami awal la, activity lain kami terkebelakang, tak tau la sebab apa hahaha... breakfast kat sini sama macam hotel2 lain kat Malaysia juga, tak banyak beza, mcm biasa aku akan amik buah, cereal, susu, roti... makan kenyang2, bersedia nak belasah badan lepas ni...


Macam biasa sebelum betolak kena begambar dulu... time ni dah panas membahang k... baru kul 9 pagi... phewww

kami main game amazing race...

kenderaan yang digunakan of course yang paling fames kat sini... tut-tut

1st tu kena hafal 1-2-3 sampai sepuluh dalam bahasa khmer

lepas tu kena naik tut-tut g old market beli beras 10kg,
kat old market ni buka siang2, jual barang harian n makanan... aku sempat le terpandang dorang jual2 batu permata, silver n segala bagai barang2 perhiasan... tp tak sempat nak tengok harga... nak race kan...

lepas dah beli beras 10 kg, kami ke children center nak serahkan beras ni... konsep charity amazing race kami...
 
 time ni dah mengah berlari... tapi leh tahan lagi...

lepas ni kami masuk ke kampong, cari temple yang dah dorg pilih...
kena belajar lipat bunga teratai uols... menggigil2 nak lipat kelopak bunga teratai tu... kat Sieam Reap bunga teratai memang banyak digunakan untuk hiasan dalaman dorang, mana2 pegi leh Nampak deco bunga teratai... kalau race2 kat Malaysia selalunya kita anyam ketupat

lepas lipat bunga jalan lagi masuk kampong pulak,

time ni jalan sikit aje and jumpa satu tempat kena belajar tulisan dorg yang bemaksud "selamat datang"

 tulisan Nye tergantung kat situ, kami diberi puzzle and susun balik bagi perkataan tu jadi betul

 lepas ni yang menyumpah.... Nampak kena jalan kaki sepanjang jalan ni... dengan berdebu, Tanah merah, panas...

 tak sampai-sampai lagi hoiii.... masuk habis celah2 rumah orang...

akhirnya sampai kat satu kawasan rumah ni, kami diberi pilihan nak tanam pokok or main mainan tradisional dorang.... kami pilih tanam pokok

difahamkan kawasan yang dipilih ni adalah adtara kawasan penduduk miskin kat sini... harap pokok2 yang kami tanam ni akan berhasil dan boleh digunakan oleh penduduk miskin ni seadanya... semoga mendapat keberkatan...

kami teruskan race... ni pun sakit hati, bejalan jauh macam tadi juga

dah la jauh... bila sampai cer tengok nak kena buat apa???
 belajaq menari... tarian tradisional orang sini...

tsk..tsk..tsk...
 lepas practice kena perform depan judges

dah penat... kena posing pulak... actually nak berenti dari bejalan... stop sat... huhuhu

lepas ni sambung pejalanan balik ke town naik tut-tut.... Alhamdulillah... tak payah berlari lagi...

sampai last stop kena amik gambar ngan tema "fly me to the moon"
 ni percubaan pertama... kena reject... dia nak lebih lagi...

nah amik kau.... kena panjat sbb aki yang paling ringan....

and lastly lepas penat2 tu, kena buat puzzle.... perah otak... rasa otak jem dah sbb badan penat... kami kumpulan ke 7 settlekan puzzle... so no 7 la...

yeah amik gambar

this is my department team

sementara nak tggu semua team habis, kami belasah ayaq n makan kerepek2 yang dorang sediakan, mcm piranha semua... air aku minum 2 botol sepanjang race and 1 botol mineral, 2 tin coke lepas habis race... langsung tak ke toilet.... rasanya semua jadi peluh

habis dah raze kali ni... kami balik hotel la... lapaq dah

dan mcm biasa.... aku antara yang terawal kalau nak rest... hahha

lepas sampai hotel kitorang lunch kat ballroom and ada test otak ckit... tak larat
nak amik gambaq dah hahaha... actally ada juga ckit thehehehehe....


lepas makan semua naik bilik rest... kul 3 ada shopping session... aku tak follow... tido kat bilik... hahahha

malam je lepas dinner kami pi tengok:

The Cambodian Circus


pentas dia kecik aje... mcm ni
 

 sambil tertanya2... mcm mana rimau nak lompat... or mcm mana dorang nak naik basikal atas tali ke apa... tak nampak tali pape pun...

wefie la dulu... circus belum start lagi...
 
bila dah start tenganga okeh... sgt2 best... actually bukan sarkes yang digambarkan, performance Phare ni lebih kepada penceritaan dan banyak aksi2 acrobatic yang sgt awesome...
 
I banyak amik video ja... sapa2 yang nak view dorang leh cari kat tripadvisor or view kat insta #pharethecambodiancircus or @pharecambodiancircus
 
lepas tengok ni terus rasa mcm hatiku tertinggal di sini... hahaha... memang best, korang mesti try sekali.
 
Lesas tengok circus ni kami jalan2 kat night market. Kat night market banyak jual barang2 art dan tempat massage.... kebanyakan tempat 1 dollar utk 15 minit foot massage. I tak try pun sebab jalan2 je tengok barang... tak beli pape pun sbb rasa mcm semua barang leh jumpa kat Malaysia hahaha... I mmg jarang membeli, tengok persembahan I suka la...
 
lepas jalan2 penat, naik tut-tut... pusing town, minum air kelapa and balik hotel, tidoooo hehehe...
 
jom I nak cerita pasal tempat makan kat Siem Reap.
 
Makan
 
Malam pertama sampai tu kami makan kat Curry Walla.. makanan dia sedap, macam masakan india kat Malaysia, tak banyak beza, pakai rempah2... tekak i leh terima sebab i tak cerewet bab makan.
 
mudah nak cari, kat town, tak jauh dari night market
 

 yang ni bawang goring celup tepung (pepandai ja aku bagi nama) tapi memang sedap, dorang ada banyak jenis dip, yang kat pinggan I tu asam jawa... pon sedap... tak leh berenti makan...

 makan ni pun dah kenyang, dalam mangkuk tu mee something mcm yee mee, kuah pulak mcm tomyam ckit tp pekat... pun sedap... roti nan... harga tak tau nak habaq... company bayaq hahahaha

rombongan kami ni yang makan halal 18 orang je... yang lain2 dorg g makan kat Nest... Pilihan restaurant banyak kat sini... yang halal la kena highlight kan
 
malam yang kedua nya kami makan kat Square 24 restaurant. Temapt ni lebih cozy dan cantik, makanan pun sedap
 
 hiasan meja dengan bunga teratai

 starter

 main course

 dessert

the kakaks
 
next tempat yang kitorang pegi makan is Ababa Curry house. Tapi tak de gambar nak tempek... Lebih kurang mcm curry walla jug tempat nya.
 
rasanya tu je la nak cerita... ending nya mesti ada gambar nak balik and bunga teratai yang cantik di Siem Reap!
 


 
 
byeeeeeeee.....

Comments

Popular Posts