Thursday, September 22, 2011

SAYA PEMINAT KRU

Hello, epik sungguh tajuk kat atas tu kan? hehe... mari lah kita bercerita tentang inspirasi. I jenis orang yang suka mendengar, membaca, menonton dan follow kisah-kisah yang memberi inspirasi. Semua orang akan bermula from zero to hero.

Smalam hari malas i, maka i baring tapi tak boleh tdo. Maka buka laptop, tgk fb... boring! Nak bermalas-malas dan bersantai... tetiba teringat lagu-lagu lama... start browsing... bermula dengan lagu "apa saja", terus ke "2", "malam kita"... eh ada juga lagu "gadis jelita"...owh rindunya! Serius, i adalah seseorang yang membesar di zaman lagu-lagu ini. Seawal umur 8 tahun, mula mengenali KRU. Paling banyak lagu yang i suka from rekrued, awas, ooh! la! la! dan terus lagi membesar bersama karya-karya KRU. Dulu i dengar lagu dorang pakai keset, pinjam keset abg la... hehe, then tukar2 lirik lagu dengan kawan, n malam2 dengar radio pilihan bersama... best! Kat buku sekolah pun ada tulis lirik lagu... lol -now i knew nape i tak jadi doctor or engineer!-

Tak tau kenapa suka sangat KRU ni, mbe sebab karyanya datang dari mereka sendiri, mereka melakarkan dan mereka juga terjemahkan. Dan paling best smalam i boleh menyayi lagu lagu-lagu tu... tak sangka, liriknya masih melekat dalam kepala. Walaupun sekarang i dah 27 tahun. Seronok tengok kejayaan dorang dan mula la i terfikir apekah faktor2 kejayaan dorang selain dari minat dorang...
  • mempunyai objective yang jelas dan berusaha ke arah objective tu.
  • mempunya pekej yang kuat (norman (pengurus), yusry (pemasaran), edry (idea creative)- aku agak sendiri
Sedar tak sedar dah sangat2 besar empayar KRU skrg, dari studio kecik dalam bilik kat rumah hingga la sebesar alam opis kat Cyberjaya nun! anda memang hebat... walaupun sesekali menangis sebab dugaan yang menimpa -norman le tu, kes konsert diharamkan/dibatalkan kat kelantan-... tp berbaloi2 dengan kejayaan sekarang. Begitu juga dengan filem2 mereka... Hikayat Merong Mahawangsa berjaya mendapat penilaian sebanyak 1 bintang di peringkat antarabangsa (i tak igt dah penilaian apa-dengar dalam radio), satu berita yang memberangsangkan sekurang-kurangnya kita mendapat bintang dari tak dapat langsung, kan? Mereka akan terus gah melangkah, mermula dengan satu bintang.

So mari lah kita juga maju seperti mereka, jangan tengok aje!


mari lah melayan lagi lagu-lagu...sebab mata masih tak lelap...

No comments:

Post a Comment