Thursday, May 14, 2015

RESEPI: OREO ICEBOX CAKE

Assalamualaikum,
 
Lamanya tak ber blog... rindu nya nak menaip...
 
ok kita start terus la dengan resepi simple hari ni, bahan tak banyak guna, so boleh la balik2 keja terus buat kan. Resepi ni I dapat dari pinterest, 1st time la buat... jom tgk
 
bahan-bahan:
  • oreo 2 packet at least
  • susu segar 1 cawan
  • 12 oz cool whip
cool whip ni bukan whipping cream k, susah nak jumpa jual kat kedai. Untuk sesiapa yang tak de cool whip leh la buat sendiri. Ni resepi nya:
 
1/4 cawan air sejuk
1 sudu the gelatin halal
1/2 sudu the cream of tartar (boleh ganti dengan cuka makan)
1 3/4 cawan non dairy whipping cream
3 sudu besar gula (manis, boleh kurangkan kepada stengah bahagian)
1 sudu the vanilla
 
caranya:
1- masukkan air, taburkan gelatin dan biarkan 2-3 minit, dan panaskan atas api sehingga gelatin dan air sebati
2- asingkan satu sudu besar whipping cream dan campurkan dengan cuka/ cream of tartar dan biarkan seketika. Kemudian campurkan campran tadi dengan lebihan whipping cream dan pukul denagn gula sehingga kental. Kemudian perlahan2 masukkan campuran air dan gelatin dan pukul sehingga sebati.
3-siap untuk cool whip.
 
sekarang jom kita buat oreo icebox, cara2nya ialah:
 
-celupkan oreo ke dalam susu dan susun dalam bekas cantik2 macam kat gambar ni
 
dan bila dah siap susun selapis, lapiskan dengan cool whip dan ulangkan langkah yang sama sehingga bahan habis... nak buat berapa tingkat pun boleh.
 
 
boleh dihias ikut creativity masing-masing. Boleh lapis dengan fresh fruit, biskut marie, or pape je la yang suka nak makan. lepas siap hias leh kasi sejuk dulu dalam peti.
 
 
ni rupa paras lepas dipotong, sbb adunan cool whip tadi manis, I letak strawberry masam nak imbangkan rasa... Alhamdulillah menjadi. Boleh cuba k, senang aje =)
 
selamat mencoba!

No comments:

Post a Comment