Monday, May 18, 2015

RESEPI: YEE MEE HOTPLATE

masak lagi jom...
 
 
 bahan-bahan kuah:
 
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap (untuk mewarna kuah)
3-4 cendawan
3-4 dadu daging ayam
cili kering, ikut kepedasan yang disukai (I pakai 5 tangkai)
1/2 cube ayam knorr
sayur (ikut selera)
3 sudu tepung jagung untuk pekatkan kuah (dibancuh dengan sedikit air)
1 biji telur
 
kalau ada hotplate boleh guna masak atas dapur, kalau tak de pakai periuk biasa je mcm I.. tsk tsk tsk
 
 
cara-cara:
 
panaskan minyak dalam 3 sudu, tumis bawang dan cili kering
masukkan juga cendawan dan daging ayam, tumis sehingga separuh masak
masukkan sos tiram dan air 1 cawan
biarkan mendidih dan masukkan cube ayam dan gaul sebati
bila sudah masak daging ayam, masukkan bancuhan tepung jagung, masak sehingga kuah pekat
warnakan dengan kicap dan sebatikan rasa...
untuk telur, pecahkan ke dalam kuah dan biarkan masak secara terendam, elakkan dari kacau untuk elak telur  kuning pecah
gaulkan yee me sekali lalu dan boleh dihidangkan dalam bekas ketika panas.
 
siap!
 
selamat mencoba!


No comments:

Post a Comment