Tuesday, July 1, 2014

CERITA LAMA - HOLIDAY AT CAMERON HIGHLAND

ok seriously ini memang melampu lambat entry ni... tengah godak2 pendrive lama terjumpa pulak gambar ni... hahaha buat lah juga kan entry ni... kenangan =) kot-kot hariz nak baca bila dia besar nanti....

ni kesah tahun lepas waktu tu hariz umur 5 bulan and now dia dah setahun 5 bulan, dulu botak and now dah berambut kembang!

ni 2nd time hariz punya holiday, the first time is Terenggaanu which is hariz baru umur 30 hari at that time... amboiii 30 hari dah sampai ke terengganu ye hariz? mak nye pun lagi sakakn, dalam pantang tu??? amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii --------> mak2 sekarang!

plan ke Cameron ni dah lama buat, tunggu hariz besar memang berhajat nak bawa dia jalan2... so tak nak tempat yang bising dan sesak, maka kami pilih cameron. survey punya survey hotel husband mmg nak stay kat Strawberrypark and aku banyak terpengaruh dengan blog2 gatal nak pilih The Century Pine Resort.

Perjalanan bermula pagi and amik masa dalam 4 jam dari KL, sampai je kat sana... hah jem! Cuti skolah kan... 2 jam juga sangkut jem kat jalan tu sementara nak sampai ke strawberrypark tu... sampai je kat sana, check in, owh... lupa nak bagitau, kitorang booking by agoda... very the easy okeh....... bayar pakai credit or debit card, and tak risau kalau terlambat, bilik of course dorg tak kan usik sebab kita dah bayar full. Check in pun easy, just bagi pin number payment kita kat agoda or nak senang print slip bayaran tu dan tunjuk je kat kaunter...as simple as that...

sampai aje kat sana.... wahhhh, bilik cantik!

i love the simple deco 

 the view from our room... sejuk oiii

 the view from the left hand side
 and of course the happy face
 beguling2... motif gambar ni nak tunjuk bilik air kat belakang tu... igt almari, toilet kekdahnya... pintu toilet pun cantik ... task....task...task
daddy day care... this is the car park in front the building, proper

harga bilik kami amik ni come with dinner (steamboat), tahap kesedapan... boleh la kalau dah lapar and kesejukan...


tempat makan dia kecik aje and meja cepat penuh, mujur la kami berdua aje and baby kecik legi, amik meja kat tepi2 and letak hariz kat celah tu hehehe... nasib kamu minum susu aje hariz, senang ummi nak jaga

lepas makan kami naik kereta and pusing sekeliling tengok apa ada dekat-dekat situ, memang tak de apa sgt malam2 ni, so balik bilik and rehat2 kat bilik cantik tu! hariz pun seronok dok sini, sejuk, tdo lena... owh lupa lagi nak cakap, strawberrypark ni resort paling tinggi kat area sini dan pasti nya sangat sejuk waktu malam... syok tdo! tapi as usual, setiap sejam hariz akan bangun mintak susu hahaha, geram pulak kite rasa tengok org sebelah tdo lena!

esok pagi nya breakfast!
sedap! sedap! sedap! and the view cantik! cantik! cantik!

nah gambar!

 saja amik meja luar, amik view
 and senang nak park stroller
 alahai anak lasak ni, topi pun nak tecabut... huhu, patut la ummi cepat kurus... saaaayang dia
 sebenarnya tak panas langsung! sejuk... sekali angin lalu.... brrrr
and of course the lovely flower

lepas check out, kami berjalan-jalan kat tempat biasa, pegi cari strawberry, madu, chocolate and check in pulak kat The Century Pine. Lepas Check in kami g pasar malam cari benda makan... beli itu ini itu ini... habis gak rm100 kat pasar malam, huhu

hariz dapat jacket!

 hehehe tunggu besar ckit dapat pakai

ok sekarang nak cerita pasal The Century Pine, honestly... kat sini so-so ja, tak best macam kat Strawberry park. Kalau 1st night kami stay kat sini mungkin lebih best kot, ni sebab 1st night dah experience bilik best, ni 2nd night dah tak berapa best huhu

check in a bit slow dia nye process, kena tunggu lama, tapi nasib baik lobby cantik... best tengok deco. Kami pilih bilik bawah, ada garden... verangan nak makan strawberry cicah coklat kat garden kekdahnya... hmmmm tak de nye, bila malam je, bunyi cengekerik je, sunyi teramat... seram, pastu bunyi burung ckit berterabur lari masuk bilik...


 the terrace

the lobby

and of course the happy face again... tapi malam tu dia tdo mengigau ckit, tp mujur tak meragam teruk

malam tu kami jalan kaki ja kat area2 hotel, ada kedai makan dekat2 hotel, jalan kaki pun sampai, senang!

esok pagi nye, breakfast time!
huhuuhuhu... dukacita
  • makanan kurang rasa
  • meja besepah tak kemas
  • makanan cepat habis (memang orang ramai tapi....)
  • bising (huuhuhu)
and check out nak balik kl dah... balik tu singgah kat bharat tea minum teh tarik, beli barang2 kenangan, and amik gambar ckit2... memang tujuandatang sini nak relax, so mana2 tempat orang ramai kami tak kan singgah hehe... kali ni no strawberry farm, butterfly park, rose valley, bee farm... memang tak singgah pun, ya hampun! mmg jem kat kawasan tu... paham la kan, cuti sekolah...

ok bye!

p/s: walaupun gitu2 je jalan nye, habis juga rm1k+ termasuk penginapan utk percutian kami 3 beranak ni =)

4 comments:

  1. sronoknya bercuti sis..

    trserlah bestnya tu melalui gmbr

    salam ramadhan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita lama baru nak buat entry hehehe, salam ramadhan juga! =)

      Delete
  2. cantiknyer gambar2 dalam blog ninie nie...shida pun tengah plan nak bercuti lepas raya...destinasi tak pasti lagi huhuhu..kena tengok bajet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. me too, tahun ni tak bejalan ke mana g, bz pindah rumah... insyaAllah ada rezeki leh bawak anak jenjalan g

      Delete