Wednesday, July 2, 2014

BERCUTI KE LANGKAWI

Hi! Entry kali ni tak de la melampau lama sangat mcm entry sebelum ni. Ni kesah december tahun lepas, almost 7 month la hahhahahaha... belum genap setahun lagi kan...

ok plan ni tak dirancang sangat, asalnya nak balik kedah, then family mertua pun nak pegi holiday juga but tak tau nak pegi mana, kebetulan cuti sekolah kan. So kami start la menggoogle hotel2 and survey mana tempat nak duduk. Since dah kenal ngan agoda memang semua benda jadi mudah. Kami plan nak pergi 3 hari 2 malam and menginap di tepi pantai (atas permintaan aku) and menginap kat town dengan alasan nak shopping. And baru ku tahu family husband aku ni tak pernah menginap kat tepi pantai sepanjang2 bepuluh kali dorang pegi langkawi tu. Asyik duduk town je, yang ada pun shopping, shopping, shopping... memang betu pure darah kl ni, pegi pulau pun nak duduk town... so apa motif g bercuti ke pulau kalau tak duduk tepi pantai??? -im thinking until now... -

Perjalanan kami dari KL bermula pukul 11 malam, bajet nak sampai kuala perlis awal, terus beli tiket. Kul 4 pagi kami dah sampai sana! huhu, kaunter ticket buka kul 6 pagi, tdo kejap dalam kreta. But jangan tak tau, dah ramai yang sampai kat sana ok, by the time 6 pagi tu dah banyak bus2 yang datang dari jauh sampai situ. Kebanyakan orang yang datang dari jauh memang sampai awal, tak sanggup aih nak tunggu hari cerah baru nak beli ticket, silap2 dapat ferry dah petang nun... Lepas beli ticket kami balik rumah mak, mandi and breakfast, rehat kejap and terus pegi kuala perlis.


 masa kat jety, sebab perjalanan kami ni boleh dianggap well organized so tak de la lama sangat menunggu kat jety. kalau ngan anak kecik ni memang penat la kot nak menunggu lama2 kan. Alhamdulillah semuanya ok.
 dalam ferry, dah mula tak boleh duduk diam walau seminit, alas kerusi tu dia suka tarik! jenuh la nak bersorry2 ngan orang depan huhu...
 hhahahaha... happynya anak ummi!
 seronok ek dapat bejalan?

kami amik ferry pukul 10, 1 jam stengah perjalanan, sampai langkawi dalam 11.40 gitu... tunggu lebih kurang stengah jam nak beratur turun dari ferry, nak kumpul beg, uruskan kereta sewa, so lebih kurang kul 1200 lebih juga la settle semua nya. Kami dah booking awal kereta sewa sebelum pegi, semuanya diuruskan dari kl, kalau tak nanti dapat kereta kecik or tak selesa, maklum lah kami segerombolan...hehehe

lepas settle semua kami g makan kat restaurant thai kat pekan kuah - Wan Thai Restaurant. Sedap uols, kalau pegi sana try la kedai ni, memang ramai blogger suggest makan kat sini, nak compare harga kat kl, memang jauh beza murahnya.

tengok gambar dulu... ni je sempat snap, lain tak sempat sebab kelaparan




Lepas makan kami terus g check in hotel...

Memandangkan semua hotel dah penuh, kami dapat kat The Lanai je kat pantai tengah, a little bit upset sebab kalau boleh aku nak pantai chenang, meriah! and truly, lepas check in kat sana memang sunyi je pantai tengah tu, The lanai pulak hujung, memang kalau mandi pantai tu kami je anak beranak. Anak beranak tu ialah aku and hariz! yang lain tak mandi pantai!!! swimming pool aje... task task task... saat ni rindunya kat orang kampung sedara mara yang boleh berenang kat pantai sambil mumbling lagu jaws nak usik orang... how i miss...

sedikit review pasal The Lanai: hotel ni dah lama and bilik pun design lama, kecik aje, agak suram decoration nye. Tak banyak orang tempatan duduk sini, kalau nampak pun mat saleh and 2-3 family chinese. Makanan sedap, cuma tempat makan kurang konsep hotel tu, more to kedai makan decoration nye. Maybe sebab dah lama kot.

 tengok pantai nye, sunyi aje... berenang lah, xyah malu2
 si kecik ni syok tepuk air laut, nak rasa masin, nampak tu keluarkan lidah nak taste huhu
 atas meja tu si katak hijau, hariz sampai ke sudah tak nak main katak tu... nangis tesedu2
lepas jumpa katak tu, terus dia tak nak ngan sesape pun, bedakap ngan ummi aje... haih...

malam tu activity kami bejalan2 kat pantai chenang, meriah! banyak beza dari dulu, my husband kinda like it already, i explain to him, stay at the beach is so much fun, this place are hapenning and why not we try to stay at motel or chalet next time... looks like he want to have a try! yeayyyy!!!

kami dinner kat restaurant ni...

sedap baq anggg........

lepas makan harus balik tido and berehat, esok activity pusing pulau, check in kat hotel Bayview pulak kat pekan kuah.

So then keesokkan pagi nye mandi laut and pool seround, check out and terus g jenjalan. Kami nak naik cable car but the q panjangnya masyaAllah... sudahnya kami jenjalan je kat area situ. Lepas tu my FIL ajak naik boat pusing pulau2... macam best je, yang tu my FIL belaja... hahhahaha... bertambah best!

naik boat tu singgah ke beberapa tempat, antaranya



sangkar ikan, ikan kat sini ada yang dah dibela 12-13 tahun, memang gedabak besar ikan2 nye... pari ada, kerapu ada, belut electric pon ada!

 lepas tu pegi tengok helang makan...best + seram... mata aku ni meliar aje tengok celah2 akar pokok tu, takut biawak ke ular ke mcm dalam movie.. task...task...task...
 lepas tu tengok view kat KILIM GEOFOREST PARK, ni dah sempadan thailand, orang biat tu kata kalau cuaca cantik boleh nampak thai
 last but not least... gua kelawar... sini ada cerita mistik... area2 sini ada yang suka mengilai tu... memang tempat dia kan... hariz tak masuk dalam gua ni, duduk kat luar je, ummi dia yang masuk...hahaha
 nak g ke gua ni kena panjat tangga curam ni u ols, nampak gigih tak muka mak dukung anak panjat tangga

 seriously boat tuor ni memang relax... best je melepak tengok alam




Activity ni highly recommended. Best!

Next kami g hotel... check in and mulakan activity shopping, sampai ke esok hari nye. Bab shopping tu nanti i cerita next entry... okeh!

babai!

No comments:

Post a Comment