Photographer Pilihan

Masih lagi la nak cerita hal pertunangan i... untuk rujukan korang la kemudian hari. Sebab i akan berkongsi apa yang best and tak best untuk info bersama.

Kali ni i nak bercakap pasal  my official photographer. Memang banyak pun photographer kat malaysia ni, ada sesetengah orang tak kesah gambar macam mana pun. Ada juga yang main pasrah terima khidmat photographer yang disediakan dalam pekej2. Tapi bagi i sendiri, i amat cerewet. Gambar kenang kenangan tidak sesekali main tangkap muat. Semuanya harus diteliti walaupun hanya sekadar majlis pertunangan simple.

I memang minat tengok pelbagai karya photographer and dah meneliti lebih kurang setahun lebih lamanya (hampir 2 tahun sebenarnya sbb since 2009). Malah jenis i ni sanggup berhabis duit untuk photo2 yang menarik tambah-tambah lagi gambar kenangan seperti ni. * tips: kalau tanak banyak tentangan pelbagai pihak, buat keputusan nekad n secara rahsia. Hanya anda dan pasangan je yang tau. Terutamanya hal harga. If not banyak la mulut yang bising terutamanya orang tua2 sebab membazir katanya. For me... tak salah sebab kenangan. Lagi membazir kalau beli bunga untuk hiasan hantaran. Habis tu buang2 je bunga tu.

Ok back to the story... i memang tak lain dan tak bukan memilih Asmady Ahmad sebagai photographer i dan insyaAllah untuk nikah dan kawen juga. Ni link nye http://www.studioaston.com/. InsyaAllah by this week i akan dapat gambarnya. Cepat! Actually gambar tu dah siap last week, tp this week baru dapat jumpa...cant wait... ok ni adalah antara karya Asmady Ahmad (from his album la of course)

ok la, mana boleh banyak2... ni karya orang tau! kalau nak tengok lagi sila ke link td k... 

p/s: i pun tak mengenali my photographer ni sehingga lah hari majlis tu... terima kasih kat incik google sebab memudahkan keje saye...

Comments

Popular Posts