Wednesday, February 22, 2012

MAJLIS RESEPSI 5 FEB 2012

Selang 2 minggu dari majlis kat kedah, tiba lah masa majlis kat sebelah pihak lelaki pulak... majlis resepsi kat maktab polis cheras. Tak larat dah sebenarnya nak tunggu semuanya selesai... penat tau! selagi tak settle memang stress nye lain macam... Ada beberapa perkara yang masih dalam category huru hara yang masih i igt berlaku beberapa hari menjelang majlis:

  1. baru ada time pegi menyewa viel kat butik pengantin, tak survey dah, terus sambar aje -servis macam haram kat butik sri gombak tu, tapi sib baik aku sewa viel and tiara aje, gasak kau la
  2. last minutes confirmation for the bridesmaid issue. Susah kalau dah nama anak perempuan sorang ni, kak or adik perempuan tak de nak jadi bridesmaid, yang ada pun sepupu yang gorgeous ala model... (kalau korang waras mesti korang pun akan reject calon bridesmaid ni)... memandangkan i kecik molek dan sepapan je badan... owh please, this is my wedding, please let me feel like im the only princess...just for a day. please... akhirnya my dearie friend elizz willing to be my bridesmaid. LOVE
  3. kebizian mencari rumah, survey 2-3 hari, akhirnya jumpa and mula berpindah randah masuk rumah baru 1 feb 2012
  4. start 1 feb onwards, survey perabot masuk rumah pulak! pekej murah kat cavenzi, dapat 1 rumah punya perabot yang complete set seragam - not lorenzo ok... not lorenzo... tsk tsk tsk
  5. 3 feb - family i pun sampai + family husband pun sampai kl serentak so kami terpaksa berpecah melayan kedua2 belah pihak, buat yang terbaik agar semua tak terasa hati, almaklumlah...semuanya dah menjangkau usia warga emas, kami sayang semuanya, jadi kami buat semuanya yang termampu
  6. 4 feb - mula berpindah randah barang2 dari rumah ke dewan untuk kenduri besok nye... doorgift aje bepuluh kotak! bubu tak bagi i angkat barang sgt sebab i dah tak sedap badan + nak demam + muntah... expected pregnant but sebenarnya aku stress tahap melampau dengan keadaan seharian yang tak de rehat ni! badan semua sakit ok
  7. masih 4 feb lagi- ini tahap kemuncak segalanya bila kami berdua excident pukul 2.30 pagi kat bukit antarabangsa disebabkan terlalu penat + mengantuk + stress + keletihan + lapar... bumper kete rabak dah mcm kete angelina jolie dalam wanted tu.
Ok, akhirnya tiba 5 feb... i tunggu MUA i dtg, n start makeup kul 9.30 pagi and bubu pulak bz training sword barrel dengan team dia... time ni baru boleh release ckit, ada time nak tdo, menyendiri sekejap dari huru hara kat luar and paling best... pagi ni baru i berinai! sib baik ada inai express tu...

My MUA sangat muda, lagi muda dari i, so dia makeup pun ala modern, simple and i memang suka sangat... i jumpa dia kat fb je okeh... ni pun last minutes sebab my MUA yang awal tu buat hal, later i cerita...

simple make up and my beloved bridesmaid, Elizz

Tepat 12.30 my hubby and i turun ke dewan, tunggu signal dulu kat bawah tu leh masuk dewan ke belum... sempat la kitorang jadi penyambut tetamu sekejap hehe... and tepat kul 13.03 kami naik lif and masuk dewan...

Sebenarnya banyak i nak cite pasal majlis resepsi ni kat korang, and nak share perasaan kawen beristiadat but i tgh tunggu gambar yang senonoh sikit, boleh la bagi gambaran time nak cite nanti... apa pun lepas kenduri memang terasa lega sangat and tdo kembali lena...  =)

thanks to all for the great support and effort. LOVE

No comments:

Post a Comment