Marilah Kita Berjiran!

setelah sekian lama survey rumah akhirnya kami dah berjumpa dengan rumah yang bersesuaian dan kami terus buat keputusan nak membeli.

sebab sebab nak beli:
  1. rumah ni baru soft-launching (maksudnya belum rasmi lagi and rumah contoh pun belum naik lagi) maka harganya lebih murah dan lebih banyak discount yang kita dapat. Selepas rasmi launching  nye kemungkinan harga akan naik dalam RM5k per row dan kadar discount juga berubah.
  2. harga rumah ni rm511k++ (dlm website LBS BINA leh tengok, namanya ROYAL IVORY 2), kami dapat 8% discount dan dwnpayment hanya perlu dibayar pada kadar 2% sahaja. (2% + 8% = 10%) harga downpayment asal.
  3. ini adalah kumpulan IVORY yang terakhir, lepas ni tak de lagi, ikutkan ni dah fasa ke 4, fasa 1 & 2 dah siap tahun ni, namanya IVORY RESIDENCE 1& 2, manakala fasa ke 3 n 4 (royal ivory 1&2) belum dibina lagi dan akan siap 2 tahun lagi 2014. Lepas ni dah tak de.
  4. Duit rumah hanya start bayar lepas dapat kunci iaitu pada 2014, dalam tempoh 2 tahun ni bayar progress fees je kat bank. bila rumah dah siap baru start bayar. ini adalah langkah untuk mengelakkan rumah terbengkalai.
  5. so dalam tempoh rumah nak siap ni boleh la start kumpul duit dengan drastik dan pelan2 boleh survey barang2 persediaan untuk rumah baru. walaupun orang kata 2 tahun tu lambat lagi, tapi bagi saya nak kumpul duit tu laaaaaagi lambat!
  6. sebelum ni kami plan nak beli rumah terus dari agent, rumah yang dah siap sebab nak elak bayar 2 kali (rumah beli n rumah sewa). tapi bila ada flexibility dari pembayaran maka kami pilih untuk beli rumah yang tak bina lagi. Lagipun kalau beli dari agent, memang akan bayar mahal dan downpayment memang banyak. Cash amat diperlukan. Contohnya kalau beli rumah harga rm500k x 10% downpayment =rm50k diperlukan. belum lagi kos nak pasang grill, renovation, perabot dan sebagainya... jadi ukur lah pada kemampuan.
  7. rumah ni tak lah besar tapi bagi saya lebih baik sedikit dari teres sebab ada halaman tepi, maka sesuai ngan kehendak saya dan suami... rumah terasa sedikit lapang.
  8. walaupun rumah contoh tak de tapi dah boleh tengok rumah2 fasa lain yang dah siap, maka boleh la imagine tahap keluasan dan suasana nya, sebab tak banyak beza sangat.
  9. alasan paling last skali.... kami memang mencari rumah teres, tapi dah dapat semi-d ni kami belasah je lah! walaupun cluster tapi tak terasa sangat. bagi saya harganya ok!
ni adalah lakaran artist tentang royal ivory 2:
ni corner lot, klo tengah2 halaman nya tak sebesar macam ni

ni adalah rumah sebenar fasa 2, ivory residence 2:
dari segi reka bentuk ada perbezaan, tapi dari segi keluasan tapak adalah sama.

itu saja! harap tak de masalah la untuk kami miliki rumah ni. al maklumlah... selagi tak dapat kunci nak berangan lebih2 pun tak boleh kan?

jumpa lagi! daaaa.....

Comments

  1. selamat berjiran! blh join group ivory residence bandar saujana putra, kat sana ada ramai pemilik keempat2 fasa ni.. blh discuss and share bout rnovation dan masalah2 berkaitan rumah ni :)

    ReplyDelete
  2. hi.. saya pun beli royal ivory 2.. unit 0806.. tak sabar nak tunggu, almost every week pun duk melawat tapak rumah tu.. eh, tak nampak sangat orang post pasal royal ivory 2 kan? kalo x leh wat fb group..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Saya sdg mencari rumah utk disewa di Royal Ivory, BSP..ada x kenal sesiapa yg nk sewakan rumah di situ?

    Thanks.
    Zareena
    zareenaomar@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts