Monday, June 30, 2014

Rose Jepun kat laman baru

Demam berkebun kami sefamily dah bermula sejak awal june hari tu, sejak start keje2 nak tanam rumput... boleh dikatakan hari-hari balik keje mesti singgah nursery kampung melayu nak membeli bunga la, pasu la... yang penting MURAH!!! datang lah kampung melayu sg buloh, confirm tak kan kecewa dengan harga2 kat situ...

hari tu termimpi-mimpi nak tanam pokok bunga, tapi nak cari yang mudah nak jaga, maklum lah tak pandai sangat bekebun ni... teringat la kat si rose jepun, pernah tanam masa skolah rendah dulu dalam program nak mencantikkan halaman skolah, haaaa... memang puas hati tanam bila tgk bunga nye yang gebu2 tu... comel sangat...

so balik keje hari tu terus ajak hubby g singgah beli... murah je, rm2 yang dalam poli and rm6 yang dalam pasu...



ni je koleksi yang ada untuk pemulaan, memandangkan mudah dan senang nak jaga maka akan beli lagi next month buat tambah koleksi

cara tanam pokok ni mudah sangat:
keratan batang - patahkan dahan dari pokok asal lebih kurang 7-8cm, cucuk pada tanah dan siram, pokok ni tak perlu siram banyak kali, cukup sekali sehari pada cuaca biasa dan 2 kali sehari (pagi dan petang) kalau cuaca terik. sesuai ditanam atas tanah biasa dan juga tanah jenis berpasir...

harap tak lama lagi penuh laman dengan warna warni bunga =)

4 comments:

  1. Bestnya la. ;) esk jgn lp tjk taman bila da siap. Hihi

    ReplyDelete
  2. harus... semangat nak buat entry pasal garden ni hehehe

    ReplyDelete
  3. Maaf . Tumpang blog. Sy ada jual keratan bunga rose jepun lebih kurang 10 jenis.. Kalau berminat boleh email sy shaifful870917@gmail.com.

    ReplyDelete
  4. thank for sharing, ada link ke nak share? best juga kalau dapat tengok gambar

    ReplyDelete