LETS THE STORY BEGIN : RENOVATION
Panjang sangat cerita renovation ni sampai tak tau mana nak mula dulu. nak mula dari mana ek? Ada beberapa bahgian kat rumah tu kami dah ubah and tambah, mcm laundry are, buat kitchen cabinet, tambah lantai, pasang grill, and garden pon dah menjalani beberapa fasa perubahan.
Ok sekarang jom mula dari yang paling basic. Ni adalah gambaran rumah masa mula-mula dapat kunci dulu.
ruang tamu |
pandangan dari pintu masuk, berkonsepkan open kitchen nampak gayanya |
pandangan terus ke dapur |
close up dapur, ada satu bilik kat tepi dan bilik air |
ruang family di tingkat atas. tak de la luas mana, tp keluasan bukan masalah besar bagi kami. masalahnya adalah railing yang berbentuk vertical tu, pada saya sgt tak practical. memang menarik perhatian kanak-kanak untuk panjat! Kami pilih untuk tutup ja kawasan ni.
ni ruang belakang. kecik aje, igt nak tambah la ckit buat laundry area. tak de tempat nak letak mesin basuh!
lepas beberapa perbincangan dan appointment dengan contractor, maka kami pun berjumpa lah dengan bajet yang kena dengan poket kami. Tak berapa tebal huhu....
8 April bebincang, setuju... 9 april start keje!
lori pon dah dtg, hantar batu bata, pasir, besi and bla bla bla...
maka bermula la kebizian si tuan rumah. Bukan tukang je yang bz, tuan pon sama naik bz, pegi beli lampu, kipas, tiles, pilih design grill bla bla bla... ye lah, mesti la kena pilih sendiri, kang contractor pilih tak bekenan pulak mata memandang kan payah...
bab membeli barang kita cerita kemudian, skrg jom tengok progress rumah...
LAUNDRY AREA
kat sini nak letak mesin basuh + almari dapur rumah lama. elok lagi almari tu, sayang pulak nak buang. Sinki developer bagi pon sayang kalau nak buang, so deside pindahkan sinki tu kat sini. boleh la pakai time kenduri kendara nanti... dapur kat depan tu cnfirm tak muat ramai-ramai.
ha sini la nak letak mesin basuh tu. tu tingkap bilik. sebab tak nak bilik ni gelap lah maka dinding kena buat separuh dan bumbung laundry area pakai poly sebab concern pencahayaan sgt penting. kesian pulak kalau bilik ni gelap and kurang cahaya.
FAMILY AREA
ni keadaan asal
gambar dari bawah. railing dah dicabut
ni pon pandangan dari bawah. tu pintu bilik. ape motif ada tingkap kecik sebelah pintu tu. orang ada anak kecik ni memang seriau la bab2 tingkap ka, konon leh tengok bawah dari bilik tu... main jenguk2 kekdahnya... podah! sebelum ada yang terjun dari atas baik tutup je la tingkap tu! biar rumah tak modern janji selamat utk budak2 kecik yang dalam process nak mencuba n tak kenal erti bahaya.
papan ni dorang lapik sebagai acuan nak tuang simen nanti. tapi sebelum tu kena la ikat besi dulu. takut roboh la cek oiii
gini la keadaan nya
ha macam ni la tuang nya...lepas beku ni kena tunggu juga 3-4 hari bagi betul2 beku dan kukuh. lepas tu baru boleh proceed pasang tiles segala macam tu. Ti ni ya hampun hazab mata tengok rumah comot sana sini, wire sana sini, dinding kena tebuk sana sini, huhuhu... dalam hati memikir "mcm mana la nak cuti nanti"
PLASTER CIELING
Kami sebulat suara nak pilih plaster cieling yang simple dan modern. tak nak bunga2 dan tak nak color. Ingatkan senang nak pilih yang simple, rupanya susah juga... 1-2 pilihan terawal kami kehabisan stok dan kena tinggu lebih kurang 14 hari... sayang nya kami kesuntukan masa, kena la amik yang mana ada je, tp masih berkonsepkan simple dan modern.
process pemasangan pon bermula:
kena pasang besi dulu and buat wiring. tu papan kat yang nampak kat situ tu la lantai yang kami tutup kat atas tu. nanti kami akan tutup area ni dengan plaster cieling juga
nipulak ruang makan dan dapur.
kami punya plaster cieling tak banyak nak kena tambah. kami cuma buat area dapur, ruang tamu dan ruang makan saja. bilik2 semua dah siap2 ada plaster.
ni hampir siap la...tempat ada kipas tu ruang makan, pilihan: L-BOX
untuk ruang tamu pulak kami pilih untuk tambah cornice aje sebab gigih nak letak chandelier meh... klo letak plaster cieling, chandelier lagi, kipas lagi... messy la kan, lagi satu rasa mcm rendah pulak... so maintain cieling yang ada. tambah cornice aje kat tepi
ni lah hasil ruang tamu bila dah siap... dome kipas tu cadangan contractor, dia yang pilih size besar... dia kata kalau kecik tak cantik... memang betul cakap dia... bygkan kalau pasang dome kecik kan... emmm
phewww.... panjang betul entry kali ni. tapi belum habis g ni... ni baru progress. Belum tunjuk lagi kesudahan cerita nya, gambar yang dah siap... kita sambung next entry okeh... see you soon!
RIZAL RENOVATION AND PLUMBING 0123905895
ReplyDeleteCO . NO . P . 002359196.
ubahsuai rumah / pejabat
buat porch / dapur
pasang tile / jubin
kerja kerja paip
baiki atap bocor
pintu& tingkap
buat cabinet kayu / batu
potong pokok / rumput
plaster ceiling
grille & awning & auto gate
wiring plug & main suis
membaiki bilik air / tandas
mengecat rumah / pejabat
Tukar atap dan lain lain
jika tuan / puan berminat sila hubungi di talian 012 3905895 .perkhidmatan berkualiti..