Friday, September 13, 2013

resepi: pavlova lagi!


ntah la ni yang dah keberapa puluh kali buat pavlova. hubby suka sangat. selalunya buat saiz macam ni kami makan 2 hari, sehari makan setengah buat desert sambil tgk tv. tu la keje kami, makan makan n makan. i pulak masak masak and masak.... hehehe.

sbb dah banyak kali buat i dah hafal resepi nye and dah tetapkan memang ni lah resepi terbaik pernah i try. jom tgk resepi nya.

bahan-bahan:
  • 4 biji putih telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 1 cawan gula halus.
  • bahan hiasan: whiping cream, buat strawberries, kiwi, bluebarries

cara-cara:
  1. pukul putih telur sehingga berbuih putih, masukkan gula dan pukul sehingga menjadi gebu, bertanduk, dan tak tumpah klo diterbalikkan
  2. masukkan cuka dan tepung jagung dan gaul dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik.
  3. bentukkan atas dulang dan alas menggunakan kertas minyak
  4. bakar dalam oven dengan suhu 150 darjah selama 1 jam (kekuningan), -oven i amik masa 1 jam 20 minit. almaklumlah oven biasa2 aje....
  5. bila dah masak, sejukkan seketika dan hias bersama whiping cream dah buat berries.
  6. siap!
selamat mencoba!


No comments:

Post a Comment