Thursday, September 12, 2013

resepi: lontong

percubaan pertama masak lontong

berjaya juga i buat lontong ni. hari tu belajar ngan ma mertua n resepi tu terperap aje sbb banyak menu nak masak kan... sudahnya smalam memang teringin nak makan, so drive kreta g kedai beli kelapa parut, balik perah santan (pon pertama kali juga), n sediakan bahan pape yang patut.

bahan-bahan:
  • 2 biji kelapa - dapatkan santan
  • cili giling
  • soon dan fucuk
  • tauhu keras
  • carrot
  • kobis
  • kacang panjang
  • bahan kisar- bawang putih, jintan,ketumbar,kunyit hidup,serai
cara-cara:
  1. tumis bahan kisar hingga naik bau dan masukkan 2 sudu besar cili giling untuk menambahkan rasa dan mencantikkan warna
  2. tuangkan santan pekat diikuti dengan santan cair
  3. tunggu sehingga mendidih. masukkan carrot dan kacau selalu. bila carrot hampir lembut masukkan bahan2 yang selebihnya.
  4. perasakan dengan garam dan gula
  5. siap!

*boleh dihidang dengan bahan sampingan seperti sambal ikan bilis ataupun kuah kacang.

selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment