Placenta Previa

Hi semua! Masih lagi dengan kesah pregnancy. Pregnancy saya kali kedua ni, sy mengalami masalah placenta previa di mana kedudukan uri berada di bawah, dekat dengan bukaan di mana ibu mengandung mengalami risiko pendarahan dan membahayakan kandungan. So sepanjang pregnancy saya kena lebih berjaga2, tak boleh terlalu lasak, elakkan mengangkat benda berat, dan sebagainya. Saya mengalami placenta previa tahap satu dan ramai yang mengalami masalah seperti ini. Masih ada ruang untuk uri bergerak naik ke atas dan dalam kes saya, Alhamdulillah, scanning during 35 weeks and 4 days menujukkan uri sudah pun bergerak dari bukaan from 3cm to 4.5cm which is lepas untuk bersalin secara normal. Alhamdulillah syukur. Moga perjalanan melahirkan anak kali ni mudah untuk saya. Amin...

Awalnya saya tak berapa nak ambil kisah tetang bersalin secara cser, tp selepas disahkan ada placenta previa dan kemungkinan akan bersalin secara cser, saya mula berfikir panjang. Macam mana nak berpantang, macam mana nak menyusukan anak, pakaian yang sesuai dipakai untuk bersalin secara cser, cara penjagaan luka, cara pemakanan ketika berpantang, semuanya adalah ilmu dan persedia yang perlu kita ambil tahu kerana ianya amat membantu dan juga memudahkan kita di kemudian hari. Tak rugi pun kalau kita rajin menambah pengetahuan. Rajin2 lah membaca, bertanya pada kawan2 yang berlain melalu kaedah ini. secara tak langsung membantu kita bersedia secara emosi.

Sejujurnya saya memang prefer bersalin secara normal, sakitnya pada awal sebelum melahirkan dan beberapa jam selepas melahirkan kita dah boleh bangun dan menguruskan diri sendiri... berdasarkan pengalaman sy yang lepas. Mudahan2 kali ni pun semudah itu. Boleh menguruskan diri sendiri adalah priority bg saya kerana masih ada si kecik yang kita nak kena jaga, susukan dia, dan tukarkan lampin... bila balik rumah another hero dah menanti...


Kali ni hati terasa sedikit sayu sebab saya dah ada buah hati, which is my lovely son, dan saya tak pernah berpisah lama dengan dia. Nak masuk hospital pun jadi susah hati, rindukan anak... huhu saya tak pasti emosi ni hanya untuk ibu mengandung je atau hanya untuk mak2... compared to last pregnancy, saya excited nak check in to hospital, maklum lah tak sabar nak jumpa baby, kat rumah tak de sampe yang menanti, this time around memang berbeza, diri kita kat hospital, fikiran dan hati kat rumah, teringatkan anak... huhuh

Haih, sekian saja lah nukilan hati untuk kali ni, nanti teringat nak tulis apa2 pasal pregnancy or share tips sy akan tulis, sebagai kenangan di kemuadian hari... daaa


Comments

Popular Posts