2nd one is coming
Assalamualaikum. Lama no tak menulis kat sini. Well sekrang ni sy tengah menunggu kehadiran my 2nd baby. Almost due already. Sebab tu lah lambat sangat dah update (alas an as usual. Kalau tak preganant pun tak de update juga hahahaha)
Well my 1st one dengan adik nye beza 5 tahun. Memang lama. Sampai kan nak prepare barang baby pun dah lost... berapa baju new born nak kena sedia? berapa barut nak kena ada? lepas tu g beli barang2 baby skrg... omg mahal nye. Memang lah nak tambah anak skrg kena merancang, financial kena kukuh. Memang anak tu rezeki, tapi as parents kita kena berusaha, ukur baju di badan sendiri. Kita kena usaha sediakan kelengkapan pada anak2 sebab tu tanggungjawab kita, bukan kita yang menumpang rezeki anak2... Bukan setakat duit, masa dan tenaga turut kena ambil kira. Kalau pergi keje gelap, balik pun gelap, mcm mana nak luangkan masa dengan anak? Bagi perhatian pada perkembangan anak? ambil tahu hal sekolah anak? Sentiasa lah simpan dalam kepala, quality adalah lebih baik dari quantity...
Saya dah lali dengan soalan orang sekeliling bila nak tambah anak lagi? Bagi lah anak tu kawan (sbb anak sy lasak and active -ada setengah org cakap dia nakal, but not me). Saya sedar keadaan diri saya, kemampuan saya nak menjaga anak, sampai saya dah bersedia utk memiliki anak lagi. Alhamdulillah, walaupun jadi anak manja selama 5 tahun, my 1st baby excited sangat nak sambut adik nya, siap dah bagitau all teachers and everyone yang dia nak jadi abang... owh so sweet. you always be my baby, my son.
ok berbalik pada persediaan barang baby and berpantang, 2nd one ni tak banyak sy sediakan sebab mostly recycle barang2 abang nye je sbb masih elok dalam simpanan.
Barang yang recycle:
baby cot
stroller
car seat
tab mandi
bouncer
baju newborn
baju 3-6 month
Barang baru:
baju new born (8 helai)
baju 3 month and above (8 helai)
skin care (mandian, soothing gel, minyak telon)
barut
tilam kekabu
Rasanya tu je kot. Untuk skin care saya masih setia dengan bran earth mama angel baby. Tak banyak pun beli, 2 jenis je macam dalam gambar kat bawah ni. Boleh beli online juga, saya beli barang2 ni kat Babehaus bangsar village.
kalau ikut pengalaman saya menggunakan both items, body wash tu tahan up to 6 month and harga nye rm43. Bottom balm tu bergantung pada kegunaan, bukan baby je guna, kami pakai seisi keluarga and tahan up to 1 year... harga rm36. Bagi saya berbaloi sbb berkesan, tiada bau, organic malah my 1st son dulu tiasa masalah gatal, ruam dan sebagainya. Alhamdulillah. Moga2 adiknya pun sama.
2nd peragnancy ni sy malas serba serbi, sensitive dan ketahanan badan pun dah kurang. Kalau dulu 2 minggu sebelum bersalin sy masih kuat baking, siapkan hamper untuk xmas, drive pegi dan balik keje, berjalan cari barang2 baby dan sebagainya. But this time, fitness dah kurang. Terasa perbezaan nya. Alahan pun lama sampai 5-6 bulan, Berat badan pun naik 4kg je sepanjang mengandung ni. Paling tak larat bila kena drive dalam jammed...
masa ni menangis dalam kreta sbb sakit pinggang, sakit bahu, sakit kaki, tak tau macam mana nak tukar position sebab tengah drive... Allahu... nangis sebab tak tahan sakit. Esok nye pegi klinik sebab masih ada rasa sakit pinggang. Takut sejarah slip disc berulang, saya pilih untuk ke klinik dengan harapan dapat berehat di rumah, bed rest. Tapi salah pula tanggapan kali ni... doctor kat klinik boleh argue dengan saya "perut awak ni kecik, macam mana awak boleh sakit pinggang"... mungkin doctor tu anggap saya mc seeker. Doctor oh doctor... susah saya nak jawab argument doctor tu...
haih, sekian saja lah bebelan kali ni. Tak sabar nak baking ni sebenarnya, lama sangat dah tak masuk dapur tu... rindu nak baking macam2. Nati kita kongsi resepi lagi ye... daaaa!
Comments
Post a Comment