Thursday, June 13, 2013

make up! selftreatment =)

this is suppossed to be at the last month post tapi... mcm biasa la kan, mak malas. Maka jadi la entry bulan ni... hehehe. sejak 2 menjak ni i suka sgt lah make up. dah lama x makeup kan... tetiba make up muka rasa seronok pulak. sebab seronok and rasa happy, maka laju la mak g watson cari make up baru. ramai kekawan yang suka melawa ni soh try simply siti. dulu2 masa mula2 brand ni kuar ada la juga rasa nak try, tp tengok harga... emmm, nanti lah dulu (beli la aku silky girl) huhu.... lama2 terlupa terus nak beli. ha bila penyakit make up ni dtg balik, qada la hajat lama yang terbantut tu... nah! sekali 4 aku beli.

  1. lipstick: saje nak try color merah menyala... x pernah try pon sebelum ni. komen: memang best, color stay lama, lembut, senang nak apply kat bibir dan yang pasti bibir tak kering! = 5 star i bagi!
  2. mascara: mak beli yang ada 2 way tu. ada untuk volume n satu lagi curl. bila pakai yang volume tu nampak bulu mata banyak n tebal. mbe sebab berus dia halus2 so dapat sapu setiap helai bulu mata tanpa melekat antara satu sama lain. mata pon cantik aje. mak suka apply berus ni kat bulu mata bawah, sbb bulu mata bawah tu jarang2, so tambah lagi volume =)... cantik! 2nd berus untuk curl, berus nye mmg berbentuk melengkung, senang nak apply kat bulu mata sebab berbentuk. paling best mascara ni ialah bila kita sapu kat bulu mata tak de berbintil mcm mascara lain and tak de bau camical yang kuat mcm ubat tu. senang juga nak cuci!
  3. lip gloss: mak jarang pakai lip gloss ni. tapi sesekali nak tukar gaya kena la pakai yang baru kan. tak salah mencoba. sememangnya best pakai lip gloss ni sbb bibie mak kering. nak2 menyusu badan ni kan, air dalam badan mmg tak cukup je semedang. bila pakai lipstick nampak la kulit kering tu kekadang... nak mak sapu je lip gloss kat atas. best! lip gloss simply siti ni memang tahan lama n bila pakai tu tak nampak kesan kering kat bibir.
  4. blusher: tak dpt dinafikan... memang terbaik. tahan lama n pakai ckit aje kemas melekat kat pipi. tak mo pakai tebal2 nnti cam katun. pakai nipis2 je elok... yang pasti mmg tak luak pakai la... hehehe, jimat duit mak.
ok itu lah saja mak nak kongsi hal makeup kali ni. mak bukan pro makeup pon... suka2 aje... k bye!

No comments:

Post a Comment