women are strong
bila kecewa wanita akan menangis 2 minggu sahaja, terasa dunia nya gelap, tak de harapan, terabai dan hatinya hancur.
selepas tempoh itu wanita biasanya tidak akan pandang ke belakang lagi, di kutip hatinya, diacantum semula dan dijaga dengan rapi... tersimpan kemas untuk dirinya sendiri
bila keyakinan nya datang, dia akan menjadi diri semula dan akan mencari sinar baru. wanita akan mencari kebahagiaan dengan caranya tersendiri
wanita tidak akan mudah memikirkan cinta baru dalam hidupnya, yang terpenting baginya adalah kebahagiaan diri nya sendiri
wanita dikatakan berakal pendek bila berputus asa, hakikatnya lelaki lebih berakal pendek bila tidak menjaga cinta yang dimiliki dan mengabaikan tanggungjawab sebegitu mudah
wanita dianggap lemah bila dia menangis, tapi hakikatnya wanita hanya melepaskan beban di bahu sendiri dengan menangis sendiri kerana tak mahu membebankan orang lain
wanita sebenarnya tabah bila berbadan dua, matlamat nya cuma satu... mahu miliknya itu menjadi yang terbaik
wanita mudah terhutang budi dan akan membalas nya dengan berganda tetapi menyimpan kedukaan nya dan tidak langsung membalas walaupun pedih itu tiada siapa yang tahu
wanita sering dipersalahkan bila tak mampu memenuhi rutin tanggungjawabnya tetapi langsung tak dihargai bila dia membantu meringankan beban tanggungjawab pasangan nya
walaupun semua ini terjadi tetapi wanita tetap bangun kesokkan hari dan menjadi yang terbaik dan termampu dayanya kerana wanita selalunya kuat dan tabah.
tak susah memahami wanita, hargai lah selagi dia di depan mata
Comments
Post a Comment