Thursday, May 13, 2010

hari tension saya!

Ntah mana la pegi semangat nak keje dengan bagus ni. Memula dulu keje bagus aje walaupun gaji kecik. Ingat lagi memula mintak keje dulu, ingat senang nak keje ni, pertama kali interview dengan company cina yang hampeh. Malas nak ingat, pendek kata aku tertipu. Klau ingat sampai sekarang pun aku akan jadi marah2. Tapi cuma satu aje yang aku kena ingat selain dari kenangan pahit tu... aku kenangkan semangat aku nak kerja, waahhh gitu... sedar tak sedar aku berjaya tahan kat situ selama hampir 3 bulan tanpa income! Konon nya aku akan dapat income bila aku dapat 1st client untuk buat investment! Manager s@$#!

Tiba tempat kerja yang kedua... aku anggap ni tempat kerja aku yang pertama la sebab kat sini la aku mendapat gaji hasil kerja aku sendiri. Time kasih tu my bos yang teramat sporting Mohd Zamree aka abg aji, Khairul Arif tukang interview aku and antara bos yang suka bagi soalan cepu emas, and Encik Nik, yang selalu buat2 rajin bila bos besar ada. Aku keje kat sini tak la lama, genap setahun aku dapat keje kat tempat baru. Tapi apa yang boleh aku cakap keje ngan company lama ni mmg teramak enjoy and seronok, walaupun tempat keje sekarang ni gaji beganda2 lebih tp tak sama ngan apa yang aku dapat kat DPI... huhu miss DPI oledy!

Hmm... berenti mengenangkan kisah lalu... apa yang buatkan aku teramat tension hari ni is... any progress dalam project tak de cc kat my email. Aku rasa kan kalau susah sangat nak cc kat email aku, baik minta finance delete aje core id aku kat Motorola ni. Kesan daripada mamat yang tak cc email aku tu, terus banyak keje aku pending n tak leh proceed, last2 hari ni keje aku dipenuhi dengan email2 complain dari Client aka MAXIS! Aku paling tak suka jadi pak sanggup kena marah sbb masalah n kesilapan org lain samada sengaja or tak disengajakan. Say sorry pun tak! Rasa nak nyanyi aje lagu 'budi bahasa budaya kita' kat tepi meja dia (hujan pun hujan la, janji puas hati).

And sekarang ni semua org dah balik keje aku tak siap2 lagi sbb aku dok buat luahan perasaan....eee tension ada team member mcm ni!

No comments:

Post a Comment