Monday, November 4, 2013

resepi: kuih keria

ha weekend ni buat kuih kegemaran husband... masa nak beli brg dapur tu ternampak keledek, teringat lama x buat kuih keria... beli lah... nak buat petang nnti... jom tgk resepi nye...

2 biji keledek saiz tapak tangan penuh
1.5 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
4 sudu makan gula
3 sudu makan air

caranya:
1- kupas keledek, potong dadu kemudia rebus sehingga lembut
2- angkat dan tos kan, tabur kan garam dan lenyek sehingga lumat
3- masukkan tepung dan gaul sehingga menjadi doh
4- bentukkan bulat dan buat lubang di tengah... goreng dengan minyak panas sehingga kekuningan
5- untuk gula pula, panaskan gula + air sehingga mendidih dan gaulkan kuih keria tadi sehingga gula kering.

siap!

selamat menjamu selera

2 comments:

  1. Sedapnye.. ptg ni nak try buat.. tak pernah bt sndr lg.. asek beli je :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la... senang sangat, yang penting jimat =)

      Delete