bila pasangan buat muka ketat....adoiiiii!

Dulu tatkala seorang anak gadis melangkah ke alam rumah tangga, telinganya tak henti-henti menerima nasihat daripada golongan pakar aka mak, makcik and tok2 yang dah berpengalaman mengharungi pahit getir alam rumah tangga.


Dan menjadi azam pada anak gadis ini untuk menjadi isteri yang paling mithali di muka bumi ini. Pabila suami pulang akan disambut dengan senyuman paling manis, menyediakan minuman buat melepaskan penat seharian bekerja, berhias cantik wangi supaya suami pandang terasa bahagia...tapi, ape agaknya pesanan untuk pengantin baru zaman moden ini yang kadang kala si isteri terpaksa menanggung beban tugas tahap sama level dengan lelaki lain di pejabatnya? Nak ditinggalkan kerja tu alamatnya makan ikan bilis la setiap hari.


Dapatkah si suami bertimbang rasa menolong sama2 meringankan tugas menguruskan rumah tangga, menjaga anak2, mengemas rumah atau sikap timbang rasa ini perlu digantikan dengan RM untuk mengupah bibik?- "yang, abg kesian tgk yang keje penat tiap-tiap hari. Apa kata kita upah bibik aje". Terpulang lah kepada individu untuk menilai.


Jika si isteri sudah membantu meringankan tugas si suami untuk mencari nafkah, tidak ada salahnya jika si suami turut memaniskan muka untuk si isteri agar tekanan di tempat kerja tidak terbawa2 ke alam rumah tangga. Semestinya si suami amat memahami situasi ini kerana si suami juga mengharapkan yang sama. Tidak ada salahnya juga jika si suami kadang kala membantu memberikan idea menu makan malam agar si isteri terasa ringan selepas penat bekerja di pejabat. Ni adalah salah satu faktor benda remeh yang boleh menjadi isu besar bila begaduh!


Bayangkan jika pasangan balik kerja dalam keadaan penat, n then terpaksa mengadap wajah pasangan yang buat muka ketat (macam dia sorang aje stress kat pejabat mengalahkan menteri kat parlimen), ditambah lagi dengan soalan2 terpaksa difikirkan sendiri sebagai contoh "nak makan apa malan ni?"...rasa nya nak patah balik pejabat n sambung keje bagi siap aje, bos pun tak marah, siap dapat OT lagi!




Banyak lagi yang boleh dilakukan oleh pasangan untuk mengekalkan hubungan agar tidak jauh jurangnya. Bermula dari perkara perkara yang remeh seperti menu makan, senyuman, sehingga lah perkara2 serius seperti kewangan. Kesemuanya memerlukan keprihatinan dan tolak ansur. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu. Kedua dua pihak memikul tanggungjawab, dulu nak pegi mana2 sumai hantarkan... sekarang nak pegi mana2 amik kunci kereta, nah... drive sendiri. Suami nak hantar ke tempat kerja tu amat beruntung la, tapi amat malang juga jika sepanjang jalan disajikan dengan muka tension n baran sebab jalan jem(zaman becinta tok sah cakap la...pusing malaysia lagi sanggup beb! Pegi cameron highland balik hari pun ok!). Rasa mcm lebih rela naik teksi or train... bayar pun bayar la kan, janji tak stress!


Bila direnungkan balik, hati siapa yang tahan dengan semua ni, rasanya lebih rela menanggung kesunyian tak berteman dari menggung stress dari pasangan! Kepada semua pasangan yang ada, hargailah pasangan anda sementara masih di depan mata, esok dah tak de, nak merindu pun tak de gunanya! ok, daa...


Comments

Popular Posts