tips memilih kerjaya

Kerja? memang senang, tapi memiliki kerjaya mungkin agak sukar. Ada ke orag sudah memiliki kerjaya di usia muda? Semertinya ada dan ramai... kita aje sedar atau pun tak sedar. Lepas aje habis SPM semua pelajar terlepas bagai anak2 ikan dalam lautan yang luas, mencari hala tuju hidup masing-masing. Yang sudah tahu hala tuju semestinya laju ke depan, yang tak punya hala tuju pula... sesat jalan. Ramai juga yang berjaya dengan tidak disengajakan, tapi adakah kita akan menanti situasi 'tak sengaja' tu berlaku kat kita? umpama menanti bulan jatuh ke riba pulak!



Ada beberapa tips untuk memiliki kerjaya yang bagus dalam hidup anda:


  1. Kenali Diri: Kita seharusnya kenal siapakah diri kita, minat kita dan kemampuan diri kita. Sejak dari kecil semestinya kita mempunyai minat. Mengenali diri amat penting untuk memastikan goal kerjaya anda tercapai kerana ia membina sikap optimis dalam diri. Malah mengenal diri juga dapat membantu anda supaya tidak mengalah. Jangan perkecilkan minat anda. Jika anda meminati masakan, seriuslah dalam bidang anda dan jadikan sebagai kerjaya, anda mungkin akan jadi yang terbaik. Beberapa contoh yang ada di depan mata anda seperti Chef Wan, Rizalman, Mustapha Kamal, Siti Nurhaliza n bla bla bla...

  2. Mengenalpasti Cara yang Betul: Kalau dah punya minat, jangan la pulak duduk melepak kat tangga rumah aje, macam mana peluang nak datang? Langkah yang perlu anda buat adalah mengumpul maklumat dan mengkaji cara. Kalau anda nak jadi tuan doktor, anda kena tau kat mana nak apply, bila, bagaimana, ape syarat-syaratnya dan berusaha ke arah itu. Siapkan diri supaya ada bersedia bila-bila masa. Jangan malu nak bertanya sebab kalau malu mertanya nanti sesat jalan. Macam ikan-ikan tadi.

  3. Optimis: Anda perlu redha dengan hakikat duniawi bahawa benda yang baik tak kan datang bergolek. Semestinya anda perlu meletak kan selruh daya usaha, penat lelah anda supaya anda akan merasa manisnya kejayaan anda dan jika anda gagal ia tidak mematahkan semangat anda kerana anda tahu kemampuan diri anda.

  4. Berdoa dan meminta: Banyakkan lah berdoa dan meminta kepada Allah kerana Allah suka kan hambanya yang meminta. Kenyataan nya, manusia tak suka kepada orang yang selalu meminta-minta, tetapi Allah suka. Jadi bahasa kasar nya, buat apa nak minta kat orang, minta saja pada Allah. Tapi pastikan anda juga berusaha dan meminta, bukan meminta semata-mata ok.

Rasanya itu la saja perkara asas nya. Malam ni sebelum tidur muhasabah la diri dan jika masalah ini membelenggu diri anda, bangun lah di tengah malam dan mulakan dengan langkah yang betul, istikharah, solat hajat dan memanjatkan doa. Kalau tak boleh tido, ambil al-Quran dan baca kerana ayat2 Al-Quran membuka saraf2 otak anda dan hikmahnya juga, akan membuka pintu rezeki kepada anda. Amalkan la....ala, baca blog gossip boleh, tak kan baca ayat Al-Quran tak boleh.


Comments

Popular Posts