MANDI SUSU


Hello, dah lama kita tak share tips kecantikan. Tips kali ni masih lagi focus pada kulit kerana penjagaan kulit adalah perkara paling basic dalam kecantikan. Tanpa kulit cantik dan segar penampilan kita tak akan sempurna malah kita juga turut berasa tidah selesa.


Ok kalau dulu kita penah bekongsi tips dengan menggunakan lemon, kali ni apa kata kita cuba susu pulak. Yes susu. Ada petua orang dulu-dulu menggunakan air basuhan beras untuk mendapat kulit cantik dan gebu. Begitu juga susu. Ini kerana texture susu yang gebu dan tindakbalas kulit yang menyerap dapat membantu kita untuk mendapatkan kulit cantik dan halus.



Pelbagai cara dapat digunakan untuk mandi susu ni. Kalau banyak duit, pegi aje salon and amik pekej mandi susu. Kalau area kl dalam rm80-rm150. Ada juga spa yang siapkan pekej dengan massage, tak pun sauna n bla bla bla... leh google. Banyak sangat pilihan.



Tapi bagi yang tak de masa untuk ke spa desebabkan kebizian melampau, boleh la cuba dari rumah saja.Sediakan susu (segar atau bancuhan, mana2 pun boleh), sapukan pada kulit anda sedikit demi sedikit dan tunggu beberapa saat. Setelah mengering, gosok2 bagian kulit yang telah anda sapu susu hingga tidak ada lagi sisa susu di kulit anda. Bilas tubuh anda dengan air hingga bersih.

Cara lain yang boleh digunakan adalah dengan mencampurkan susu dengan air rendaman dalam bath tab anda. Seeloknya air ini suam kerana dapat memberi tindakbalas terhadap kulit. Sebelum itu kulit anda perlu discrubkan untuk menanggalkan sel kulit mati, bilas dan selepas itu baru lah disusuli dengan rendaman air susu tadi. Selepas mandi sapukan pelembap pada kulit agar dapat mengekalkan kesegaran dan mengelak kekeringan. Seeloknya amalan mandi susu ini dilakukan secara mingguan.


Antara khasiat mandi susu adalah:
  • menghaluskan kulit
  • mencerahkan kulit
  • meningkatkan daya tahan kulit dari jangkitan
  • elok juga diamalkan oleh individu yang mempunyai alahan kulit kerana susu adalah semulajadi.
  • mengekalkan kelembapan

Selamat Mencuba!



Comments

Post a Comment

Popular Posts