Mari Menabung: Tips mudah menjadi kaya

Menabung menjana kehidupan anda. Menabung juga membebsakan diri anda dari hutang. Apa yang perlu anda ada? Jawapan nya adalah --------------> KECEKALAN




Kaedah Pertama: Harian

Kenapa harian? Sebab kita perlu mengambil berkat dari pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit.Tabungan secara harian juga tidak membebankan. Apa yang perlu anda buat adalah masuk duit dalam tabung dang buat-buat tak nampak aje tabung tu (untuk mengelakkan anda selalu mengira or mengurangkan rasa ingin tahu yang membuak2)

Menabung merupakan perkara yang amat mudah, bermula dengan sehari RM1. Dengan berkat disiplin anda, wang terkumpul dalam masa setahun adalah sebanyak RM365. Mudah kan?

Jika anda bergaji besar maka simpanan RM2 sehari bukan lah sesuatu yang mustahil. Jadi wang terkumpul anda pabila genap setahun adalah sebanyak RM730. Boleh tahan kan?

Anda sangat bertuah jika anda sudah bersuami/beristeri. Kenapa? Kerana pendapatan serumah anda juga menjadi 2 kali ganda. Jika si suami menyimpan RM2 sehari dan si isteri juga melakukan benda yang sama, maka simpanan harian anda adalah RM4. Tabungan setahun anda adalah RM1460....wah wah wah... boleh pegi becuti ke destinasi bajet ni!

Kaedah Kedua: Mingguan

Kaedah ini saya gelarkan kaedah suam-suam kuku sebab kalau anda terlupa nak menabung minggu ni anda perlu qada'kan kemudian dan kalau menabung seminggu. Sebab kedua kenapa ia dipanggil suam-suam kuku adalah pendapatannya yang berada di ranking number 2 antara 2 kaedah simpanan harian tadi. Jadi kaedah ini tidak membebankan anda

Contoh: Jika menyimpan RM10 setiap minggu X 52 = RM520


Kaedah Ketiga: Bulanan

Kaedah ini agak drastik juga kerana pengumpulan sekali gus (dikumpul sebulan) dan terus menyimpan. Ini juga meyumbang rasa lambat nak kaya dalam hati anda dan terus menjurus ke arah putus asa. Kaedah ini juga selalu disalahgunakan dalam situasi di mana gaji anda cukup-cukup makan, lepas tu bulan tu nak kena bayar bill lebih la, nak kena bayar itu, bayar ini dan akhirnya simpanan diabaikan. Tapi dengan harapan bulan depan leh cover balik, last-last bila sampai bulan depan, jadinya hampeh (pengalaman sendiri).

Walaupun tidak digalakkan, namun mari lah kita lihat hasilnya dengan memilih untuk menyimpan minima sebanyak RM50 sebulan.


Kiraan: RM50 X 12 month = RM600

Hasilnya juga tidak menghampakan. Memandangkan hasil nya lebih kurang sama, jadi saya lebih sukakan kaedah harian kerana ianya mudah dan tak membebankan. Cara dah ada depan mata, tunggu apa lagi, mulakan hari ni juga!


cukup hujung tahun kita tengok hasilnya! ho yeh!

Comments

  1. ...pastu cukup 3 ribu bleh bli lens baru...hehe...

    ReplyDelete
  2. nak beli lense kena simpan sehari rm10 hohoh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts