PESANAN BUAT WANITA
Ya, martabat lah yang membezakan seseorang wanita dengan wanita yang lain di muka bumi ini. Martabat ini bukanlah diukur dari skala hartanya tetapi martabat wanita dapat diukur dari keimanannya, keperibadiannya, tutur kataya, tingkah lakunya malah juga dari keterampilanya. Antara perkara yang boleh merendahkan martabat wanita adalah lupa pada Allah. Pabila seseorang lalai dan leka dengan kehidupan seharian dan tidak punya masa walau sedikit pun memperingati kepada Penciptanya, maka semakin hari dirinya semakin jauh. Keidupan nya umpama tiada pegangan, malah ada juga lupa bahawa apa yang dimiliki hari ini adalah milik Allah dan langsung tidak mensyukuri.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
Itu adalah sedikit sebanyak renungan untuk hubungan antara kita dengan Allah. Bagaimana pula dengan hubungan sesama manusia? Ramai yang tidak tahu atau mungkin terlupa bahawa setiap tingkah laku kita juga mencerminkan keperibadian kita. Baik tua atau muda turut melakukan perkara yang sama.
Dalam kehidupan seharian kita tidak pernah lari dari conflict. Lebih buruk jika conflict tersebut bukan berpunca dari kita tetapi sebaliknya pihak ketiga. Sebagai contoh paling mudah adalah ---> 2 orang wanita berselisih faham hanya kerana seorang lelaki. Kesian bukan.
Sebagai wanita, kita tidak seharusnya melatah sebaliknya renungkan apa yang berlaku dan terima lah dengan redha. Sekiranya perlu mengundurkan diri maka lakukanlah dan doakan lah yang terbaik buat mereka kerana Allah itu juga maha kaya dan maha pengasih. Yakin lah bahawa sesuatu yang lebih baik menanti kita kerana kita yakin pada Allah. Harus di ingat bahawa Allah telah menetapkan setiap makhluk adalah berpasangan. Bagaimana diri kita maka begitulah pasangan kita. Dengan itu jangan lah kita merendahkan martabat seorang wanita hanyak kerana perkara remeh ini.
Begitu juga dengan adab dan susila. Adab dan susila juga menunjukan martabat seseorang wanita. Sebagai contoh adab untuk memohon maaf. Memohon maaf tidak mudah seperti melakukan kesalahan. Melakukan kesalahan memang mudah tapi memohon maaf bukan semudah itu. Salah satu adab memohon maaf adalah bagitau ape kesalahan yg dibuat. Bukannye sesenang cakap "peace no war lah ek" or "aku mintak maaf atas kesalahan aku selama ni kat ko"
cara yg betul:
cth: "kiah, aku mintak maaf aritu aku ade marah ko pasal ko tak sengaja kotorkan baju aku aritu, harap ko dapat maafkan aku and kita tetap jadi kawan baik"
perlu menyedari punca kesalahan.
contoh: "saya mintak maaf sebab saya menfitnah kt kawan2 saya yg cik ninie ni masih ada hati dengan kekasih hati saya dan cemburu buta. Tak dapat menerima kenyataan putus cinta dan berdendam"
Nak mintak maaf pun kenalah ada cara betul, baru la org maafkan. Sekiranya meminta maaf dan dalam hati masih tidak menginsafi dan tak ikhlas maka tak perlu la berbuat demikian. Kerana kita hanya membazirkan masa sahaja. Sebagai contoh "ninie aku nak minta maaf ye sebab aku cakap kau masih berdendam kat pakwe aku" tapi dalam hati ---> "aku minta maaf la sebab ko ni ego sangat sebab ko lagi tua dari aku"
Ingatlah, memohon maaf di hari raya adalah adat begitu juga yang muda meminta maaf kepada yang tua. Tapi hakikatnya meminta maaf tiada syaratnya yang penting adalah keihklasan dan rasa menginsafi. Jangan terlalu mementingkan tua atau muda, besar atau kecil, kaya atau miskin kerana ianya tidak kekal. Hari ini kita muda remaja, esok lusa tetap akan bertemu tua. Sementara masih muda carilah ilmu sebanyak mungkin supaya kita tidak tersasar dalam hidup dan sesungguhnya orang yang berilmu itu tinggi martabatnya.
Yang baik itu hanyalah dari Allah dan yang khilaf itu adalah kelemahan diri saya sendiri. Sekian.
hai selamat berjumpa dengan saya lagi..diharapkan tiada perasaan dendam di atas tulisan comment saya sebelum ini..haa nak jadi seseorang yg positif kite kena selalu positif..haa kena ingat ni...(dah mcm pakar motovasi pulak gaya menaip hee hee)
ReplyDeletesaya suka post kali ini..sebab ianya sangat mengingati diri saya..ye la kekadang kita buat sesuatu tanpa kita sedar org benci kita..ape tah lagi marah..hina..ugut..provoke tetibe kat kita..
bila kita sedar kita dah terlanjur kata..apa kata kita terus je minta maaf..dan tatacara yg ninie tulis ni pun dah jelas dan nyata..
kekadang bila kekawan kita nak minta maaf dalam minta maaf tu ada ayat sindir..suka selitkan bende bende yg bila org dengar boleh sakit hati..ape salahnya minta maaf secara telus ikhlas..tak perlu la nak keruhkan keadaan..
bila org tak nak maafkan cakap pulak berdendam..hey kekawan...ingat senang ke nak memaafkan kesalahan org pada kita? ye saya sendiri akan memaafkan kesalah org pada saya..sometimes people need time to forget..itu bukan dendam..tapi memberi masa utk diri sendiri melupakan..janganlah ingat bila org dah minta maaf..org tu mcm memaafkan tapi nak tak nak melayan bermaksud org tu dendam..jangan buruk sangka..jangan jangan jangan!!
sikap buruk sangka ni pun bole menimbulkan beberapa faktor..antaranya hati menjadi hitam, otak asyik berfikir dia ni dendam dgn bf aku ni, hey perempuan ni lagi tak habis habis dendam kacau bf aku..haa..kalau ade tanda tanda macam tu..sila la cepat cepat insafi diri..
sesekali cubalah siasat sendiri..betul ke ape bf aku cakap ni? lebih baik aku tanya sendiri..ha..ini bukan buruk sangka ye kekwn.. ini lebih kepada mencari jawapan yang lebih tepat..
semoga kita dapat berkongsi lagi sesuatu yang baik untuk kita semua..
p/s : maybe kena beli cermin yang lebih besar..supaya saya lebih mudah nampak dengan jelas muka dan perwatakan diri..dengan ini saya lebih cepat sedar diri..