PTPTN MEMBUNUHKU
Masuk new year rasa mcm tak de pape yang berlaku sambil mengenang nasib diri yang graduate bersama poiter 3.68 yang tak boleh dibanggakan....kenapakah? sangat tak bersyukur manusia ini, mendapat 3.68 pun tak boleh dibanggakan? al-kesahnya.... ada beberapa faktor yang menjadi punca kenapa wujudnya perasaan ini.
Pertama, kerana faktor kerjaya sekarang yang amat mendesak, nak mencari pekerjaan yang sangat sesuai dengan taraf hidup (semestinya sekadar menjadi khayalan), mencari kerja Dengan cara yang jujur mengharapkan knowledge dan keperibadian yang luhur----> amat tipis kerana senario hari ni menunjukkan cable sape paling bepengaruh maka dia la yang dapat (sekali lagi pointer anda yang 3.68 itu tidahk dinilai), kelulusan anda tidak menjanjikan kerja yang sesuai dengan anda kerana ada juga yang kelulusan Syariah ingin bekerja dalam bidang anda atau mungkin kelulusan ijazah dalam bidang teknologi maklumat dan kejuruteraan juga berebut nak kerja dalam bidang anda--->kenyataan! Selain itu, jika anda berjaya masuk kerja dengan sendiri atau sedikit belas kasihan dari insan2 yang baik budi yang sudi memberikan pelung kerjaya kepada anda (abg syafiQ, abg aji, incik nik n faisal zahari), anda amat digalakkan untuk bekerja dengan jayanya supaya kerja anda sentiasa selamat dan juga bertujuan untuk mengelakkan situasi di mana anda akan ditolak ketepi dan ketengah oleh majikan anda sekiranya tiada lagi orang yang baik budi di opis anda.
Malas nak cerita banyak pasal ni lagi, mari saya menerangkan faktor yang maha besar menghantui graduan hari ni.... di hari graduasi, anda bukan sahaja meraikan segulung ijazah yang anda dapat (yang tak tau akan berjasa atau tak satu hari nanti) malah anda turut berjaya mendapat status 'penghutang' daripada 'pemiutang' yang kita semua tau, PTPTN aka PTPTPU.
Sehingga kini hati masih tak dapat menerima kenyataan tentang admin charge yang dikenakan setiap bulan. Apa yang diharapkan oleh PTPTN ialah peminjam membayar pinjaman sperti yang dijadualkan, sekiranya gagal maka akan dikenakan admin charge. Tp adakan mereka faham bahawa graduan yang mendapat kerja hanya memiliki gaji bertaraf diploma? atau mungkin tanggungan yang banyak oleh graduan seperti rumah sewa, tambang pergi dan balik ke tempat kerja, persekolahan adik-adik (sekiranya ibu bapa sedah bersara atau sudah tiada). Ada juga sura sumbang berkata "ala, sape suruh pinjam dulu? berani pinjam berani la tanggung"
----> jawapan kepada suara sumbang itu "hidup tak kan susah kalau tak dibebankan dengan admin charge yang bodoh tu, mengalahkan along klo dah charge aku rm100 sebulan lol!"
Tatau nak cakap ape lagi, rasa nak keje kat pasar malam pun ada! hehehe, pape pun percaya lah kepada Allah, ikhlaskan hati InsyaAllah rezeki halal ada dimana2.
cik ninie,pointer 3.68 x laku sbb cik ni belajar kat kusza rasa nye atau course nye..kwn saya kat uia,pointer mcm ni belumba org nak..sorry
ReplyDeleteanonymous... bukan salah ipt or course, and dont feel sorry for saying anything, my path is my choice and yang penting redha, walau mcm mana pun mengomel sy tetap bayar ptptn tu lol... and one more... sy pun tak penah menganggur... emmm rasanya laku jugak 3.68 sy tu kan???
ReplyDeleteboleh saya tau u ambik course ape?
ReplyDeletenak offer better job ke? *wink
ReplyDelete